Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463647
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMuhamad Samudi Yasir, Prof. Dr.
dc.contributor.authorRos Anita Ahmad Ramli (P65922)
dc.date.accessioned2023-09-25T09:32:48Z-
dc.date.available2023-09-25T09:32:48Z-
dc.date.issued2017-03-01
dc.identifier.otherukmvital:85414
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463647-
dc.descriptionKajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji kesesuaian teknik fotostimulasi luminesens (PSL) bagi mengesan makanan yang tersinar. Tiga jenis kategori sampel yang digunakan dalam kajian ini seperti rempah ratus, bijirin dan umbisi (tuber). Sampel rempah ratus diperolehi dalam bentuk serbuk dari Ladang Nasuha, Pagoh, Johor Darul Takzim. Lima jenis rempah ratus yang digunakan seperti kayu manis (Cinnamomun), lada hitam (Piper Nigrum L), kunyit (Curcuma longa), ketumbar (Coriandrum sativum) dan cili (Capsicum sp.). Rempah ratus disinarkan pada dos 0, 1, 5 dan 10 kGy. Manakala, bijirin (tepung) diperolehi di pasaraya sekitar Bandar Baru Bangi. Empat jenis tepung dipilih iaitu beras (Oryza sativa sp.), gandum (Triticum spp), jagung (Zea mays sp.) dan beras pulut (Oryza sativa varr. glutionasa). Bijirin disinarkan pada dos 0, 0.2, 0.5 dan 1 kGy. Tiga jenis tumbuhan umbisi (tuber) dipilih untuk kajian ialah halia (Zingiber officinale Roscoe) diperolehi dari Jabatan Pertanian Daerah Bentong, Pahang Darul Makmur; bawang (Allium cepa var. aggregatum) dan kentang (Solanum tuberosum) diperolehi daripada pasaraya di sekitar Bandar Baru Bangi. Sampel tumbuhan umbisi (tuber) disinarkan pada dos 0, 50, 150 dan 500 Gray. Kalibrasi PSL dijalankan dengan mendedahkan sampel kepada dos 1kGy. Indeks sensitiviti diukur dengan nisbah bacaan kalibrasi PSL terhadap bacaan asal PSL. Bacaan indeks sensitiviti melebihi 10 menunjukkan sampel tidak disinar manakala bacaan kurang daripada 10, menunjukkan sampel disinar. Hasil kajian mendapati nilai kiraan PSL kurang daripada 700/60s bagi makanan tidak disinar dan nilai kiraan PSL melebihi 5000/60s bagi makanan disinar. Kiraan PSL diantara 700/60s sehingga 5000/60s menunjukkan sampel diantara tidak tersinar atau disinar dan memerlukan analisis tambahan untuk mengesahkannya. Hasil kajian mendapati bahawa teknik pengesanan makanan tersinar menggunakan PSL adalah sangat sesuai dan berkesan untuk mengesan makanan tersinar dengan mudah dan cepat. Kajian ini memberi faedah kepada masyarakat dan pengguna untuk meningkatkan pengkomersialan makanan tersinar serta meningkatkan tahap keselamatan makanan di Malaysia.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi
dc.rightsUKM
dc.subjectFotostimulasi luminesens
dc.subjectMakanan tersinar
dc.subjectKeselamatan makanan
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePengesanan makanan disinar menggunakan teknik fotostimulasi luminesens (PSL)
dc.typetheses
dc.format.pages142
dc.identifier.barcode002614(2017)
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_85414+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
80.77 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.