Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463646
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNorinsan Kamil Othman, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorZaifol Samsu (P69743)
dc.date.accessioned2023-09-25T09:32:46Z-
dc.date.available2023-09-25T09:32:46Z-
dc.date.issued2017-01-11
dc.identifier.otherukmvital:85413
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463646-
dc.descriptionKeluli karbon amat mudah terkakis di dalam pelbagai persekitaran terutamanya pada persekitaran suhu tinggi dan berudara lembap. Hal ini disebabkan oleh lapisan oksida yang terbentuk tidak bersifat pelindung (pasif) bagi melindungi permukaan logam keluli apabila didedahkan pada keadaan tersebut. Oleh sebab itu, permukaan keluli karbon perlu disalut dengan logam yang mampu menangani kakisan suhu tinggi dengan membentuk lapisan oksida dan lapisan antara logam yang bersifat pelindung. Objektif kajian ini adalah untuk menentukan sifat kakisan, mikrostruktur dan morfologi permukaan salutan Al-xLa (x = 0.05-1%bt) pada suhu 750oC dalam aliran persekitaran udara atmosfera, oksigen kering (Ar-20%O2) dan oksigen lembap (Ar-20%O2-20%H2O). Teknik celupan panas dalam leburan Al tulen dilakukan pada suhu berbeza dengan tempoh celupan yang berbeza untuk mendapatkan lapisan salutan yang optimum. Spesimen salutan didedahkan pada suhu 750oC di dalam persekitaran udara atmosfera, oksigen kering dan oksigen lembap. Salutan Al-xLa sebelum dan selepas dedahan suhu tinggi dianalisis menggunakan optikal mikroskop, SEM dan EDX untuk mengkaji morfologi permukaan, keratan rentas salutan dan unsur yang hadir manakala fasa yang terhasil ditentukan dengan menggunakan XRD. Kekuatan lapisan salutan ditentukan dengan nilaian mikrokekerasan vickers. Hasil teknik celupan panas menunjukkan dua lapisan utama terhasil iaitu lapisan luar Al dan lapisan dalam aluminit (Fe-Al). Manakala lapisan dalam aluminit terdiri daripada dua lapisan yang berbeza iaitu lapisan nipis luar FeAl3 dan lapisan tebal dalam Fe2Al5. Hasil daripada ujian mikrokekerasan vickers menunjukkan bahawa nilai kekerasan lapisan aluminit menunjukkan peningkatan akibat peningkatan suhu leburan Al manakala lapisan Al tidak menunjukkan sebarang perubahan yang ketara. Hasil pendedahan suhu tinggi menunjukkan bahawa salutan Al yang berkomposisi 0.3%bt La merupakan salutan yang memberikan kadar kakisan terendah di mana nilai pemalar kinetik adalah 3.45 x 10-11g2cm-4s-1. Ini adalah kerana penambahan unsur La dalam salutan Al boleh meningkatkan keplastikan lapisan aluminit dan keupayaan lekatan filem Al2O3, serta menggalakkan pembentukan filem oksida pelindung di samping mengurangkan jumlah dan saiz lompang yang terbentuk pada lapisan aluminit. Perincian terhadap sampel salutan selepas dedahan suhu tinggi menunjukkan bahawa fasa yang terbentuk adalah Fe2Al5, FeAl2 dan FeAl manakala lapisan luar Al tidak kelihatan. Pengoksidaan pada persekitaran oksigen kering dan lembap bagi salutan Al dan Al-0.3%La memberikan nilai pemalar kinetik masing-masing 3.55 x 10-11g2cm-4s-1 dan 9.68 x 10-12g2cm-4s-1 (kering) serta 1.15 x 10-10g2cm-4s-1 dan 4.80 x 10-11g2cm-4s-1 (lembap). Kehadiran wap air di dalam persekitaran oksigen lembap membawa kepada pemecutan degradasi lapisan aluminit disebabkan oleh pembentukan lompang dan retakan pada lapisan sehingga berlakunya pemecahan pengoksidaan berbanding dengan udara kering. Kesimpulannya, penambahan unsur La dalam salutan Al pada 0.3%bt mampu memperlahankan kadar kakisan keluli karbon pada persekitaran suhu tinggi dalam aliran persekitaran udara atmosfera, oksigen kering dan oksigen lembap.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi
dc.rightsUKM
dc.subjectLanthanum
dc.subjectAluminium
dc.subjectKeluli karbon
dc.subjectMikrostruktur
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleKesan penambahan unsur lanthanum dalam leburan aluminium sebagai salutan keluli karbon terhadap kakisan suhu tinggi
dc.typetheses
dc.format.pages110
dc.identifier.barcode002613(2017)
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_85413+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
264.85 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.