Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463644
Title: Pengenalpastian ikan dan babi mentah dan produk makanan yang diproses menggunakan analisis tindak balas rantaian polimerase-polimorfisme panjang serpihan penghad (PCR-RFLP)
Authors: Safiyyah Shahimi (P51350)
Supervisor: Sahilah Abd. Mutalib, Dr.
Keywords: Genetic polymorphism
Issue Date: 10-Apr-2013
Description: DNA genomik 14 spesies ikan (n=14) yang terdiri daripada empat ikan air tawar iaitu keli (Clarias gariepinus), patin (Pangasius larnaudii), tilapia (Oreochromis mossambicus) dan siakap (Lates calcarifer) serta sepuluh ikan laut iaitu bawal hitam (Parastromateus niger), bilis tembaga (Stolephorus commersonii), dori (Holocentrus ascensionis), mabong (Rastrelliger kanagurta), ikan merah (Lutjanus erythropterus), ikan parang (Chirocentrus dorab), pari (Himantura gerrardii), sardin (Decapterus macrosoma), tenggiri (Euthynnus affinis) dan tuna (Thunnus tuna) telah dikenalpasti menggunakan teknik tindak balas rantaian polimerase-polimorfisme panjang serpihan penghad (PCR-RFLP). Dua jenis primer DNA mitokondria universal telah digunakan iaitu primer sitokrom b dan primer 12S rRNA. Dalam kajian ini, hasil amplifikasi gen sasaran daripada primer tersebut telah dihadamkan dengan menggunakan tujuh jenis enzim penghad (Alu I, Bsa JI, Hae III, Hind III, Hinf I, Mbo I dan Mbo II). Enzim Hinf I dan Mbo II telah dikenalpasti sebagai penghad endonuklease yang berpotensi untuk digunakan dalam pengenalpastian spesies ikan bagi amplifikasi menggunakan primer sitokrom b, manakala enzim Alu I dan Hae III dikenalpasti berpotensi bagi pengenalpastian amplikon primer 12S rRNA. DNA genomik ikan dan babi (Sus scrofa domestica) dapat dibezakan menggunakan teknik ini. Kehadiran DNA babi dapat dikesan selepas dicampur dengan DNA ikan melalui satu kajian mengenai kesan rencatan yang berlaku semasa proses PCR. Kajian penipuan ke atas produk terproses terhadap 24 sampel pasaran bagi mengesan kehadiran DNA babi di dalam sampel tersebut telah dilakukan. Keputusan kajian menunjukkan spesifikasi primer yang bersifat khusus terhadap DNA babi, ikan dan ayam telah dibuktikan. Hasil analisis penipuan ke atas produk terproses menunjukkan tiada penipuan yang berlaku terhadap semua sampel ujian. Oleh itu, teknik PCR-RFLP telah dikenalpasti sebagai satu cara yang berkesan untuk mengenalpasti perbezaan genetik di dalam DNA mitokondria daging mentah tetapi kurang berkesan bagi produk yang terproses. Pengesanan DNA babi pula didapati boleh dilakukan melalui teknik PCR yang menggunakan satu primer spesifik sahaja tanpa memerlukan analisis polimorfisme panjang serpihan penghad.,Master / Sarjana
Pages: 112
Call Number: QH447.6.S236 2013
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_85160+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.28 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.