Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463642
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorShahriman Bin Mohd Ghazali Dr.-
dc.contributor.authorGoh Zhe Zuan (P68096)-
dc.date.accessioned2023-09-25T09:32:37Z-
dc.date.available2023-09-25T09:32:37Z-
dc.date.issued2015-03-03-
dc.identifier.otherukmvital:85154-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463642-
dc.descriptionDiadema setosum merupakan spesies landak laut yang dominan dan memainkan peranan yang penting dalam sesebuah ekosistem marin. Sesetengah spesies landak laut telah dilaporkan menghasilkan bunyi daripada aktiviti meragut. Walau bagaimanapun, tiada maklumat tentang ciri-ciri bioakustik spesies D. setosum. Kajian ini telah dijalankan untuk menyiasat pilihan jenis substrat oleh D. setosum dan mengenal pasti ciri-ciri bioakustik landak laut D. setosum melalui pendekatan eksperimen di lapangan dan makmal. Eksperimen pemilihan substrat di lapangan menunjukkan bahawa D. setosum lebih mengemari konkrit berdasarkan kecenderungannya mengambil tempat di substrat konkrit berbanding substrat pecahan karang, batu dan PVC. Analisis hingar ambien bawah air di tiga kawasan marin yang berbeza (tukun tiruan konkrit, tukun tiruan PVC dan terumbu karang) menunjukkan terdapat peningkatan aras hingar dalam julat frekuensi di antara 700 Hz hingga 2500 Hz pada fasa waktu subuh dan senja. Peningkatan kekuatan hingar pada kedua-dua fasa waktu ini adalah disebabkan oleh korus aktiviti meragut landak laut. Fenomena korus yang paling kuat (121 db re 1 µPa) telah dirakamkan di tukun tiruan konkrit pada waktu senja. Dalam makmal, perakaman bunyi ragutan landak laut yang mempunyai saiz tes yang berbeza-beza menunjukkan frekuensi resonans bunyi di bawah air yang terhasil adalah di dalam julat di antara 777 Hz hingga 2433 Hz. Bunyi ragutan dalam makmal ini sepadan dengan julat frekuensi korus yang berlaku di habitat marin semulajadi. Kajian ini telah menunjukkan landak laut D. setosum menghasilkan bunyi ragutan serta korus yang mencirikan profil hingar ambien bawah air sesebuah kawasan marin secara temporal dan juga reruang. Ini merupakan penemuan yang penting dalam kefahaman tentang fungsi bioakustik dalam suatu kawasan marin dan peranannya dalam fungsi ekosistem sesuatu habitat marin.,Master / Sarjana-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectDiadema setosum-
dc.subjectSea urchins-
dc.titlePemilihan substrat dan ciri-ciri bioakustik landak laut Diadema setosum-
dc.typetheses-
dc.format.pages69-
dc.identifier.callnoQL384.E2.G637 2015-
dc.identifier.barcode001993-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_85154+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.88 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.