Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463640
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohammad Hafizuddin Hj. Jumali, Dr.
dc.contributor.authorSiti Mariam Mohamad (P52578)
dc.date.accessioned2023-09-25T09:32:33Z-
dc.date.available2023-09-25T09:32:33Z-
dc.date.issued2013-06-06
dc.identifier.otherukmvital:85148
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463640-
dc.descriptionSeramik Na0.5Bi0.5TiO3 (NBT) dan gantian pepejalnya (Na0.5Bi0.5)1-xBaxTiO3 merupakan bahan piezoelektrik yang dikenalpasti berpotensi menggantikan PbTiO3 dan terbitannya untuk kegunaan sensor dan transduser. Dalam kajian ini NBT dan (Na0.5Bi0.5)0.96Ba0.04TiO3 (NBBT) telah disintesis menggunakan kaedah sol gel dan kemudiannya disepuh lindap sehingga 700 oC. Kedua-dua bahan ini dicirikan bagi menentukan sifat terma, penghabluran, ikatan kimia dan morfologi dengan menggunakan pencirian TGA/DTG, XRD, FTIR, EDX dan SEM. Analisis TGA/DTG menunjukkan NBT dan NBBT masing-masing mengalami susutan berat sebanyak 31% dan 28% apabila dipanaskan sehingga suhu 700 oC. Ujian XRD membuktikan NBT mula menghablur pada suhu 540 oC manakala NBBT terbentuk pada suhu 460 oC dan masing-masing terhablur sepenuhnya pada suhu 620 oC dan 520 oC. Kedua-dua seramik tersebut adalah berfasa tunggal dengan struktur kekisi rhombohedral. Hasil analisis FTIR menunjukkan tidak wujud sebarang kumpulan fungsi organik bagi NBT dan NBBT yang masing-masing disepuh lindap pada suhu 620 oC dan 520 oC. Analisis kepekatan unsur menggunakan EDX juga mengesahkan kewujudan unsur seperti Na, Bi, Ba, Ti dan O mengikut nisbah yang ditetapkan bagi kedua-dua seramik yang dihasilkan. Mikrograf SEM pula menunjukkan seramik NBT dan NBBT tidak mempunyai morfologi butiran yang seragam dengan saiz kurang daripada 120 nm. Daripada kajian ini, fasa tunggal seramik perovskit NBT dan NBBT telah berjaya dihasilkan dengan menggunakan kaedah sol gel dengan suhu penghabluran yang lebih rendah berbanding yang pernah dilaporkan sebelum ini. Penambahan 4% isipadu larutan BaTiO3 ke dalam sistem NBT telah berjaya menurunkan suhu penghabluran seramik NBBT.,Master / Sarjana
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi
dc.rightsUKM
dc.subjectNatrium bismuth titanat
dc.subjectSeramik
dc.subjectCeramics
dc.titleSintesis dan pencirian seramik perovskit berasaskan natrium bismuth titanat (NBT)
dc.typetheses
dc.format.pages95
dc.identifier.callnoTP807.S594 2013
dc.identifier.barcode002197
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_85148+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.01 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.