Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463639
Title: Penilaian kitar hayat bagi proses penghasilan biodiesel daripada minyak kelapa sawit di Malaysia dan Thailand
Authors: Norfaradila Jaafar (P52530)
Supervisor: Norela Sulaiman, Prof. Madya Dr.
Keywords: Biodiesel - Minyak kelapa sawit
Biodiesel fuels
Issue Date: 21-Jun-2013
Description: Minyak kelapa sawit merupakan sumber minyak masakan berkhasiat tinggi yang paling banyak dan termurah di pasaran dunia, dan kini menjadi bahan mentah utama bagi industri oleo-kimia. Dengan kenaikan mendadak harga petroleum, maka minyak kelapa sawit juga menjadi sumber penghasilan biodiesel, iaitu bahan bakar yang boleh diperbaharui. Kajian ini membandingkan nilai impak alam sekitar bagi proses penghasilan biodiesel di Malaysia dan di Thailand melalui kaedah penilaian kitar hayat (Life Cycle Assessment atau LCA). Malaysia merupakan negara pengeluar dan pengeksport utama minyak kelapa sawit di dunia, manakala di Thailand pula inisiatif pihak kerajaan mempengaruhi perkembangan industri biodiesel. LCA merangkumi fasa pengekstrakan bahan mentah (penanaman pokok kelapa sawit, pemprosesan tandan buah segar dan penulenan minyak sawit mentah) dan fasa pemprosesan biodiesel (proses transesterifikasi). Metodologi kajian LCA dijalankan secara dua peringkat, iaitu pengumpulan data inventori bagi setiap fasa yang terlibat dan penilaian impak alam sekitar terhadap proses penghasilan biodiesel mengikut prosedur Siri Piawaian ISO 14040 (LCA). Unit berfungsi adalah penghasilan 1 metrik tan biodiesel, dan penilaian impak kitar hayat ditentukan dengan perisian SimaPro 7.2 melalui kaedah Eco-indicator 99. Tiga kategori kemusnahan yang terlibat, iaitu kesan kepada kesihatan manusia (DALY), kualiti ekosistem (PDF*m2yr) dan kehabisan sumber (MJ surplus). Berdasarkan inventori, output utama yang terhasil bagi setiap proses menjadi input utama bagi proses yang seterusnya dengan kuantiti yang berbeza di antara Malaysia dan Thailand. Penilaian impak kitar hayat mendapati bagi Thailand, nilai impak lebih tinggi bagi fasa pengekstrakan bahan mentah untuk ketiga-tiga kategori kemusnahan, iaitu 1.31x10-3 DALY bagi kesihatan manusia, 55.33 PDF*m2yr bagi kualiti ekosistem, dan 1427 MJ Surplus bagi kehabisan sumber berbanding Malaysia, iaitu masing-masing dengan 3.45x10-4 DALY, 17.27 PDF*m2yr dan 588 MJ Surplus. Bagi fasa pemprosesan biodiesel didapati nilai impak yang lebih rendah di Malaysia (3.44x10-4 DALY, 17.60 PDF*m2yr dan 1040 MJ Surplus) berbanding di Thailand (1.22x10-3 DALY, 53.90 PDF*m2yr dan 2070 MJ Surplus). Secara keseluruhan, proses penghasilan biodiesel di Thailand mencatatkan nilai impak yang lebih tinggi (2.53x10-3 DALY bagi kesihatan manusia, 109.20 PDF*m2yr bagi kualiti ekosistem dan 3497 MJ surplus bagi kehabisan sumber) berbanding di Malaysia (6.89x10-4 DALY bagi kesihatan manusia, 34.87 PDF*m2yr bagi kualiti ekosistem dan 1628 MJ surplus bagi kehabisan sumber).,Master / Sarjana
Pages: 148
Call Number: TP359.B46N646 2013
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_85147+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.57 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.