Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463638
Title: Penghasilan stok asas biolubrikan berasaskan asid lemak minyak isirong sawit dan asid risinoleik
Authors: Michelle Ni Fong Fong (P46545)
Supervisor: Jumat Salimon, Prof Dr.
Keywords: Biolubrikan
Minyak isirong sawit
Lubrication and lubricants
Issue Date: 4-Jul-2013
Description: Kajian penghasilan stok asas biolubrikan berasaskan asid lemak minyak isirong sawit (FAPKO) dan asid risinoleik telah dijalankan. Stok asas biolubrikan dihasilkan dengan pengepoksidaan asid oleik dalam minyak isirong sawit diikuti pembukaan gelang asid epoksioleik dengan asid lemak FAPKO dan asid risinoleik minyak jarak. Proses pengepoksidaan FAPKO telah dijalankan dan dioptimumkan. Keadaan optimum diperolehi pada 1.46 mol hidrogen peroksida, 0.83 mol asid formik, suhu 40 oC dan masa tindak balas 2 jam untuk menghasilkan peratus penukaran relatif oksigen oksirana sebanyak 76-99%. FAPKO terepoksida ditindakbalaskan dengan asid risinoleik dengan mangkin asid p-toluenasulfonik pada suhu 100-110 oC untuk menghasilkan triester, 12-dodekanoiloksi-oktadek-9-enoik asid 1-(7-karboksi-heptil)- 2-dokenanoiloksi-desil ester (RROEP). RROEP ditindakbalaskan dengan 2- etilheksanol untuk menghasilkan stok asas biolubrikan, 12-dodekanoiloksi-oktadek-9- enoik 2-dodekanoiloksi-1-[7-(2-etil-heksiloksikarbonil)-heptil]-desil ester (RROEPH). Kehadiran kumpulan berfungsi ester dalam RROEP dan RROEPH dibuktikan melalui analisis FTIR dan NMR. Spektrum FTIR triester RROEP menunjukkan puncak karbonil pada 1711 cm-1 (C=O karboksilik) dan 1741 cm-1 (C=O ester). Pembentukan stok asas biolubrikan RROEPH dapat dibuktikan oleh perubahan puncak pada nombor gelombang 1711 cm-1 kepada 1737 cm-1. Spektrum 1H NMR bagi triester RROEP menunjukkan anjakan kimia pada 3.9-4.3 ppm bagi proton bersebelahan dengan C=O ester dan pada 10-11ppm bagi proton bersebelahan dengan C=O karboksilik. Spektrum 13C NMR pula menunjukkan anjakan kimia C=O ester pada 170-175 ppm dan C=O karboksilik pada 180 ppm. Anjakan kimia pada 1H NMR triester RROEPH menunjukkan kehadiran proton bersebelahan C=O ester pada 3.8-4.1 ppm. Anjakan kimia bagi spektrum 13C NMR pula menunjukkan C=O ester pada 170-175 ppm. RROEPH menunjukkan nilai takat tuang, takat kilat dan indeks kelikatan masingmasing pada -21.6oC, 238oC dan 183 VI. Stok asas biolubrikan yang terhasil menunjukkan sifat-sifat fizikal setanding dengan lubrikan komersial seperti lubrikan Shell Argina S30 dan S40 untuk engin marin.,Master / Sarjana
Pages: 150
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_85146+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
5.3 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.