Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463637
Title: | Analisis kerintangan dan perbandingan genomik isolat marin serratia sp. terhadap beberapa logam berat |
Authors: | Wong Poh Wei (P 41534) |
Supervisor: | Gires Usup, Prof. Dr. |
Keywords: | Rawatan biologi Kerintangan logam Marine bioremediation. |
Issue Date: | 23-Sep-2013 |
Description: | Rawatan biologi oleh bakteria terhadap air limbahan mengandungi logam merupakan teknik menarik dalam bioremediasi. Ia adalah penting untuk memahami kesan penghambatan logam berat pada bakteria tersebut dalam usaha mencari mikrob yang sesuai untuk tujuan ini,. Dalam kajian ini, kesan toksik ion-ion kuprum, kobalt dan zink terhadap Serratia sp. SKUK_SM11-3J diselidiki dengan kaedah cakera, kaedah perigi dan kaedah kaldu. Keberadaan gen yang terlibat dalam kerintangan logam pada isolat telah diidentifikasi melalui analisis in silico urutan draf genom tersebut. Isolat Serratia sp. SKUK_SM11-3J menunjukkan pelbagai tahap kerintangan terhadap logam berat yang berlainan. Serratia sp. SKUK_SM11-3J adalah paling rintang terhadap Cr (hingga ± 0.77μg / L), diikuti oleh Co (± 0.35μg / L), Cu (± 0.19μg / L) dan Zn (± 0.20μg / L). Terdapatnya kesan penghambatan terhadap kesemua metabolisma pada lebih daripada 3mM untuk semua logam. Densiti sel berkurangan dari 4x106 sel/ml kepada 7.3x105 sel/ml dalam sepanjang 6 hari untuk Co, 2.8x106 sel/ml kepada 7.6x105 untuk Cr, dan 4 x106 sel/ml kepada 7.6x105 untuk Cu. Tiada perbezaan yang nyata dalam metabolisma bebas dalam kultur selama 7 hari. Peratus pengambilan logam oleh sel meningkat dari masa ke masa, kecuali untuk Co pada 21mg/L. Tiada perbezaan yang jelas dari segi morfologi sel dalam kepekatan yang berlainanan. Analisis draf urutan genom menunjukkan bahawa isolat Serratia sp. SKUK_SM11-3J mempunyai beberapa gen yang berperanan dalam pengangkutan dan metabolisma logam berat. Berikutnya merupakan gen-gen yang didapati: family Cop (Cu), family Cut (Cu), famili Znu (Zn, Mn, Fe), famili Ars (As), famili Chr (Cr), famili Cor (Mg, Co), famili Kdp (K), famili Mnt (Mn, Cd) dan famili Ter (Te). Sebagai kesimpulan, kajian ini menunjukkan bahawa isolat Serratia sp. SKUK_SM11-3J dapat bertahan terhadap beberapa logam berat dalam kepekatan agak tinggi walaupun konsentrasi di persekitaran realiti adalah tidak begitu tinggi. Namun, tidak sesuai dijadikan agen dalam proses bioremediasi kerana mempunyai daya serapan logam yang tidak begitu tinggi.,Master / Sarjana |
Pages: | 93 |
Call Number: | TP248.27.M37W644 2013 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_85143+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.71 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.