Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463627
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Nazlena Mohamad Ali, Dr. | |
dc.contributor.author | Firdaus Banhawi (UKM Bangi) (P53594) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-25T09:31:59Z | - |
dc.date.available | 2023-09-25T09:31:59Z | - |
dc.date.issued | 2012-03-20 | |
dc.identifier.other | ukmvital:85067 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463627 | - |
dc.description | Sebagai peneraju utama laman sosial, Facebook merupakan satu trend yang mempengaruhi gaya hidup dan dianggap sebagai sebuah aplikasi menarik yang membolehkan pengguna di seluruh dunia berkongsi gaya hidup dan sikap sesama mereka masa kini. Aplikasi laman sosial dipercayai mempunyai unsur keterlibatan-pengguna (user-engagement). Walau bagaimanapun, masih tiada bentuk pengukuran bagi mengukur keterlibatan-pengguna di dalam aplikasi laman sosial secara khusus. Begitu juga tiada kajian yang membincangkan tahap keterlibatan-pengguna bagi setiap aktiviti di dalam aplikasi Facebook yang dipercayai mempunyai tahap yang berbeza. Objektif utama kajian adalah untuk menentukan atribut keterlibatan-pengguna dalam aplikasi laman sosial Facebook dan mengenal pasti tahap keterlibatan-pengguna bagi setiap kelompok aktiviti di dalam Facebook. Kajian ini melibatkan kaedah analisis statistik dengan menggunakan analisis faktor (factor analysis) untuk mengukur atribut keterlibatan-pengguna di dalam aplikasi laman sosial (Facebook) berdasarkan skala pengukuran keterlibatan-pengguna daripada kajian lepas dan menjalankan analisis diskriminan (discriminant analysis) untuk mengenal pasti tahap keterlibatan-pengguna bagi setiap kelompok aktiviti di dalam Facebook. Pengumpulan data dilakukan secara soal selidik daripada 103 pengguna berdaftar Facebook dalam tempoh dua minggu. Dengan menggunakan analisis faktor, kajian mendapati terdapat empat atribut keterlibatan-pengguna semasa proses interaksi dengan aplikasi laman sosial yang dikategorikan kepada: Perhatian berfokus (Focus attention), Kebaharuan & Kebolehtahanan (Novelty & Endurabilty), Kebolehgunaan yang diakui (Perceived usability) dan Estetik (Aesthetics). Hasil kajian juga mendapati kelompok aktiviti Facebook telah dikenal pasti mempunyai tahap keterlibatan-pengguna yang berbeza iaitu; Perhubungan sosial (Social connection) (3.577) sebagai aktiviti keterlibatan-pengguna paling tinggi berdasarkan nilai min, diikuti dengan Fotograf (Photographs) (3.468), Kemaskini status (Status updates) (3.314), Penyiasatan sosial (Social investigation) (2.825), Melayari rangkaian sosial (Social network surfing) (2.803), dan Kandungan (Contents) (2.463). Secara keseluruhan, atribut dan tahap keterlibatanpengguna telah dikenal pasti dalam kajian ini dan boleh mengeneralisasikan skala keterlibatan-pengguna yang telah dicadangkan di dalam kajian terdahulu ke atas aplikasi laman sosial.,Master / Sarjana | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Internet users - Attitudes. | |
dc.title | Mengukur atribut dan tahap keterlibatan-pengguna aplikasi laman sosial facebook | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 98 | |
dc.identifier.callno | TK5105.875.I57F538 2012 3 tesis | |
dc.identifier.barcode | 002142 | |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_85067+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 3.49 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.