Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463626
Title: | Kajian kestabilan pekali kalibrasi kebuk pengionan aras terapi dari tahun 2004 hingga 2012 |
Authors: | Atiqah Mardziah Mukhtar (P62847) |
Supervisor: | Supian bin Samat, Prof. Dr. |
Keywords: | Radiotherapy Calibration |
Issue Date: | 28-Feb-2014 |
Description: | Ketepatan dos terserap dalam julat ± 2.5% sewaktu rawatan radioterapi hendaklah diberikan kepada pesakit supaya rawatan yang diterima menjadi efektif. Salah satu faktor yang akan menyumbang kepada ketepatan dos ini ialah pekali tentukuran kebuk pengionan. Untuk tujuan ini, IAEA mencadangkan agar kebuk pengionan ditentukur setiap tahun untuk mendapatkan nilai pekali tentukuran, dan perbezaan antara pekali tentukuran sebelum dengan pekali tentukuran selepas mestilah berada dalam julat ±1.5%. Kerja ini bertujuan untuk menilai kestabilan pekali tentukuran kebuk pengionan aras terapi di Malaysia. Pekali tentukuran dos terserap kepada air ND,w dan kerma udara NK untuk 39 kebuk pengionan kepunyaan 17 pusat radioterapi dikaji. Kebuk ini adalah kebuk yang dihantar ke Makmal Dosimetri Standard Sekunder (SSDL) Malaysia dari tahun 2011-2012 untuk tujuan tentukuran. Kaedah penggantian IAEA digunakan untuk menentukan pekali kebuk ini. Untuk tujuan analisis kestabilan, pekali tentukuran ini digabungkan dengan pekali tentukuran sebelum ini yang telah ditentukan oleh pihak SSDL dari tahun 2004-2010. Sekiranya nilai pekali tentukuran yang pertama diambil sebagai nilai piawai, kerja ini mengira peratus sisihan Δ (%) pekali tentukuran (berbanding nilai piawai). Bagi setiap kebuk, nilai purata μ, ketidaktepatan piawai SE dan sisihan piawai σN-1 (semua dalam %) untuk Δ (%) dikira. Pekali tentukuran kebuk dianggap stabil sekiranya μ±SE (pada sela keyakinan 95%) berada dalam julat ±1.5%. Keputusan mendapati 31 kebuk adalah stabil untuk kedua-dua nilai ND,w dan NK ; dan 6 kebuk hanya stabil untuk ND,w. Untuk kebuk yang kurang stabil iaitu 2 kebuk untuk ND,w dan 8 kebuk untuk NK, masalah ini dipercayai berpunca dari nilai pekali tentukuran pertama (yang telah diambil sebagai nilai piawai). Ini menunjukkan satu kebuk dari satu pusat radioterapi tidak semestinya menghasilkan kedua-dua nilai-nilai ND,w dan NK yang stabil pada masa tentukuran kebuk dijalankan. Sebagai kesimpulannya, kebanyakan kebuk milik pusat radioterapi menghasilkan pekali tentukuran ND,w dan NK yang stabil.,Master / Sarjana |
Pages: | 152 |
Call Number: | RM847.A875 2014 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_85051+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 6.12 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.