Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463625
Title: Sintesis nanozarah kuprum dan nikel dalam larutan kitosan menggunakan sinaran Gama
Authors: Shahrul Izwan Ahmad (P41482)
Supervisor: Shahidan Radiman, Prof. Dr.
Keywords: Chemistry
Analytic
Issue Date: 10-Jul-2013
Description: Dalam kajian ini, nanozarah kuprum (Cu) dan nikel (Ni) telah disintesis menggunakan kaedah sinaran gama dalam larutan akues. Etanol dan isopropanol telah digunakan sebagai bahan penggarut dalam sistem ini. Manakala garam kuprum sulfat pentahidrat dan nikel asetat tetrahidrat telah dikenalpasti sebagai garam prekursor yang paling sesuai untuk menghasilkan nanozarah masing-masing. Kajian terhadap kesan penggunaan kitosan dalam kepekatan yang berbeza terhadap nanozarah yang dihasilkan turut dijalankan. Nanozarah yang terhasil telah dianalisis serta dicirikan menggunakan alat Spektrofotometer UV-VIS, Mikroskop Transmisi Elektron (TEM), Pembelauan Sinar-X (XRD), Magnetometer Sampel Bergetar (VSM), Spektrometer Infra Merah Transformasi Fourier (FTIR) dan Mikroskop Imbasan Elektron (SEM). Analisis serapan optik-UV telah mencirikan sifat optik nanozarah Cu dan Ni di dalam larutan sampel. Analisis XRD pula, mendapati nanozarah Cu dan Ni yang disintesis adalah dalam fasa hablur tulen. Walaubagaimanapun, terdapat sedikit kehadiran sebatian Ni(OH)2 dalam sampel nanozarah Ni dan Cu2O dalam sampel nanozarah Cu. Berdasarkan imej TEM, nanozarah Cu yang terhasil adalah berbentuk sfera dengan saiz purata 7.5 + 1 nm bagi semua parameter kecuali nanozarah Cu yang disintesis pada kepekatan kitosan 0.3% w/v dengan saiz purata nanozarah adalah 30 + 1 nm. Manakala nanozarah Ni pula mempunyai bentuk yang tidak sekata dengan saiz purata 13 + 1 nm. Pencirian SEM terhadap nanozarah Ni mendapati sampel terbentuk daripada gumpalan nanozarah dengan julat saiz 5-15 nm lalu membentuk zarah dengan saiz yang lebih besar dan berbentuk tidak sekata. Spektrum FTIR telah mengesahkan kehadiran sebatian kitosan dalam sampel nanozarah Cu dan Ni selepas dicuci. Analisis VSM mendapati semua sampel nanozarah Ni adalah bersifat magnet lembut dan mempunyai sifat magnet yang berbeza berbanding bahan Ni pukal.,Master / Sarjana
Pages: 99
Call Number: QC176.8.N35S449 2013
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_85027+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.18 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.