Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463624
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorWan Aida Wan Mustapha, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorHanis Bazila Abu Hasan (P41578)
dc.date.accessioned2023-09-25T09:31:52Z-
dc.date.available2023-09-25T09:31:52Z-
dc.date.issued2013-07-10
dc.identifier.otherukmvital:85025
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463624-
dc.descriptionKajian ini dilakukan untuk menentukan ciri-ciri fiziko-kimia, nilai pemakanan dan sebatian meruap Ficus spp. yang disebarkan oleh burung ( F.pellucido-punctata, F.semicordata, F.stupenda, F.sundaica dan F.xylophylla) dan kelawar (F. annulata, F.hispida, F.scortechnii, F.schwarzii dan F.variegata) serta Ficus spp. yang disebarkan oleh kedua - dua burung dan kelawar ( F.auriculata dan F.glandulifera). Korelasi di antara ciri-ciri fizikokimia, nilai pemakanan dan sebatian meruap dengan Ficus spp. yang disebar oleh burung dan kelawar juga ditentukan menggunakan Analisis Komponen Utama (PCA). Sampel Ficus spp. diperoleh dari Hutan Simpan Hidupan Liar Krau, Pahang. Perbandingan ciri-ciri tersebut ke atas Ficus spp. betina dan jantan yang disebarkan oleh kelawar turut dilakukan. Keputusan menunjukkan kelawar memilih Ficus spp. yang berwarna kehijauan dan kekuningan yang lebih terang dengan nilai hue dan kroma yang lebih cerah (masing-masing 48.57 dan 14.38) serta memilih buah yang mempunyai tekstur yang lebih keras (6.87 N) berbanding burung. Ficus spp. disebar kelawar didapati mengandungi karbohidrat dan tenaga yang tinggi manakala Ficus spp. disebar burung mempunyai kandungan lemak dan gentian yang tinggi. Ficus spp. disebar kelawar mengandungi jumlah sebatian meruap lebih banyak (50316.78 ug/g) daripada kumpulan monoterpena, seskuiterpena, alkohol, alkena, keton dan aldehid berbanding Ficus spp. disebar burung yang tinggi sebatian meruap ester dan fenol dengan jumlah sebatian meruap sebanyak 22228.50 ug/g. Kelawar berupaya mendapatkan makanan pada waktu malam disebabkan kehadiran sebatian meruap (terutamanya monoterpena) dalam Ficus spp. Keputusan kajian bertepatan dengan sifat kelawar yang mempunyai keupayaan menggunakan deria bau untuk mencari makanan. Kelawar menyebarkan Ficus betina yang bersaiz lebih kecil (diameter 4.60 cm) dan bertekstur lebih keras (6.51 N), berwarna kemerahan dan kebiruan yang mempunyai nilai hue dan kroma lebih cerah (masing-masing 43.69 dan 11.31) berbanding Ficus spp. jantan. Ficus spp. betina mempunyai kandungan protein, lemak dan gentian yang lebih tinggi manakala Ficus spp. jantan mempunyai kandungan karbohidrat dan tenaga yang tinggi. Ficus spp. betina mengandungi lebih banyak sebatian meruap iaitu sebanyak 49559.69 ug/g (kumpulan monoterpena, seskuiterpena, alkohol, alkena dan keton) berbanding Ficus spp. jantan (26498.57 ug/g) yang lebih tinggi sebatian meruap aldehid. Ini bersesuaian dengan sifat kelawar yang hanya memakan Ficus spp. betina diocius, bukannya Ficus spp. jantan. Keputusan Analisis Komponen Utama (PCA) mendapati Ficus spp. disebar burung mengandungi kandungan mineral (kalsium, kalium, kuprum, plumbum, selenium dan zink) dan asid lemak yang lebih tinggi berbanding Ficus spp. disebar kelawar. Ficus spp. betina mempunyai kandungan mineral yang sama tetapi mempunyai asid lemak yang lebih rendah (asid kaproik, asid lignoserik dan asid nervonik), berbanding Ficus spp. jantan. Secara umumnya terdapat perbezaan ciri warna, kandungan proksimat, asid lemak dan aroma meruap yang nyata untuk membezakan Ficus spp. disebar burung dengan Ficus spp. disebar kelawar. Terdapat perbezaan yang jelas daripada ciri saiz, tekstur buah dan kandungan mineral di antara Ficus spp. jantan dan Ficus spp. betina.,Master / Sarjana
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi
dc.rightsUKM
dc.subjectMoraceae
dc.titleCiri-ciri fiziko-kimia, nilai pemakanan dan sebatian meruap SPP Ficus yang disebabkan oleh burung dan kelawar
dc.typetheses
dc.format.pages233
dc.identifier.callnoQK495.M73H343 2013
dc.identifier.barcode002062
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_85025+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.73 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.