Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463622
Title: | Sintesis, struktur dan sifat spektroskopi ester benzoiltiourea terbitan asid amino |
Authors: | Chong Yan Yi (P55983) |
Supervisor: | Mohammad B. Kassim, Prof. Madya. Dr. |
Keywords: | Organosulfur compounds Synthesis. |
Issue Date: | 17-Jul-2013 |
Description: | Dua kelas terbitan benzoiltiourea iaitu asid benzoiltiourea dan ester benzoiltiourea telah disintesis. Empat asid benzoiltiourea iaitu asid 2-(3-benzoiltiourea)asetik, asid 2-(3- benzoiltiourea)propanoik, asid 3-(3-benzoiltiourea) propanoik dan asid 2-(3- benzoiltiourea)-3-fenilpropanoik masing-masing telah disintesis daripada tindak balas di antara benzoil isotiosianat dengan glisina, alpha alanina, beta alanina dan fenilalanina. Semua asid benzoiltiourea ini telah ditindak balaskan dengan metanol, etanol, propanol dan butanol dengan kehadiran mangkin lantanum(III) klorida untuk menghasilkan 16 ester benzoiltiourea baru. Kesemua sebatian ini diciri dengan kaedah spektroskopi inframerah (IR), ultralembayung-nampak (Uv-vis), resonans magnet nukleus (RMN) 1H dan 13C dan mikroanalisis unsur C, H, N dan S. Spektrum IR asid benzoiltiourea dan ester benzoiltiourea menunjukkan kehadiran kumpulan berfungsi N-H, C=O dan C=S masing-masing pada julat 3100-3350, 1620-1750 dan 880-1000 cm-1. Spektrum IR ester benzoiltiourea tidak menunjukkan jalur lebar -OH yang dikesan pada asid benzoiltiourea pada julat 2400-3400 cm-1. Spektrum Uv-vis kedua- dua terbitan benzoiltiourea ini menunjukkan jalur untuk peralihan elektron π→π* dan n→π* masing-masing pada 235-245 nm dan 275-295 nm. Oleh sebab sebatian asid benzoiltiourea dan ester benzoiltiourea mempunyai struktur asas benzoiltiourea yang sama, kesemua spektrum RMN 1H menunjukkan kehadiran dua isyarat −N−H− masingmasing berikatan dengan kumpulan benzoil dan tion pada julat 9.00-11.60 ppm. Manakala proton untuk gelang benzena kumpulan benzoil diperhatikan pada julat 7.40- 7.95 ppm. Spektrum RMN 1H ester benzoiltiourea menunjukkan kehadiran isyarat proton tambahan pada 0-4.50 ppm bagi kumpulan alkil. Spektrum RMN 13C asid benzoiltiourea dan ester benzoiltiourea menunjukkan kehadiran C=S dan dua kumpulan C=O masing-masing pada julat 179.0-182.0 ppm dan 167.0-177.0 ppm manakala isyarat atom karbon untuk gelang benzena kumpulan benzoil diperhatikan pada julat 127.0-136.0 ppm. Isyarat tambahan diperhatikan pada julat 10.0-70.0 ppm bagi ester benzoiltiourea bagi kumpulan alkil. Data mikroanalisis unsur C, H, N dan S bersetuju dengan formula empirik asid benzoiltiourea dan ester benzoiltiourea yang disintesis. Struktur asid 2-(3-benzoiltiourea)-3-fenilpropanoik (X4), metil 2-(3- benzoiltiourea)propanoat (B1), etil 2-(3-benzoiltiourea)propanoat (B2) dan butil 3-(3- benzoiltiourea)propanoat (C4) telah ditentukan dengan kaedah kristalografi sinar X-ray. Asid benzoiltiourea (X4) menghablur dalam sistem monoklinik dengan kumpulan ruang P21/c manakala ester B1, B2 dan C4 mempunyai sistem hablur triklinik dengan kumpulan ruang P-1. Semua struktur menunjukkan konfigurasi trans-cis bagi moeiti benzoil dan asid/ester terhadap atom S kumpulan tion merentasi ikatan C−N. Semua struktur menunjukkan satu ikatan hidrogen intramolekul N−H−−O yang membentuk gelang pseudo enam ahli NHOCNC menjadikan geometri sekitar moieti tiourea agak tegar. Padatan struktur asid benzoiltiourea menunjukkan kehadiran sepasang ikatan hidrogen intermolekul O−H−−O yang tidak terdapat pada struktur ester benzoiltiourea kerana atom hidrogen pada kumpulan −OH telah digantikan oleh kumpulan alkil.,Master / Sarjana |
Pages: | 82 |
Call Number: | QD341.A2.C494 2013 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_85020+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 4.18 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.