Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463621
Title: | Pembangunan sensor elektrokimia ion logam plumbum berdasarkan 1-(2-piridilazo)-2-naftol dan membran poli(2-hidroksietil metakrilat) |
Authors: | Noriah Nor Adzman. (P41249) |
Supervisor: | Lee Yook Heng, Profesor Dr. |
Keywords: | Chemical detectors |
Issue Date: | 5-Aug-2011 |
Description: | Sensor elektrokimia untuk pengesanan ion plumbum (Pb2+) telah direkabentuk berasaskan penggunaan reagen 1-[2-piridilazo]-2-naftol (PAN) dan polimer poli(2-hidroksietil metakrilat) (pHEMA). Kajian ini difokuskan kepada penggunaan elektrod bercetak skrin (SPE) tiga berangkai yang terdiri daripada elektrod kerja karbon, elektrod rujukan Ag/AgCl dan elektrod pelengkap karbon. Dua bentuk elektrod telah dikaji. Elektrod bentuk 1 adalah elektrod yang mempunyai elektrod kerja yang berbentuk bulat dan elektrod bentuk 2 adalah elektrod yang mempunyai elektrod kerja yang berbentuk segi empat. Jumlah luas permukaan bagi elektrod bentuk 1 adalah lebih besar daripada elektrod bentuk 2 iaitu; bentuk 1 = 0.52 cm2, manakala bentuk 2 = 0.07 cm2. Terdapat beberapa jenis sensor direkabentuk secara pengubahsuaian dengan 1-[2-piridilazo]-2-naftol (PAN), poli(2-hidroksietil metakrilat) (pHEMA), dan kedua-dua PAN dan pHEMA. Kaedah transduksi sensor yang digunakan ialah analisis voltametri denyutan pembezaan (DPSV). Terdapat dua langkah yang dijalankan iaitu pengumpulan ion plumbum pada litar tutup dan pengukuran voltametri. Langkah pengoptimuman mendapati bahawa pH larutan penimbal yang sesuai untuk kesemua sensor yang diubahsuai adalah pada pH 7. Sensor-sensor yang direkabentuk menunjukkan tindak balas yang optimum pada 0.3 M larutan penimbal ammonia dengan masa pengumpulan selama 6 minit dan keupayaan pengendapan - 1.4 V, melainkan masa pengumpulan bagi sensor PAN-pHEMA adalah 140 s. Julat rangsangan bagi sensor berasaskan PAN ialah 25 - 5000 µgL-1 Pb2+ yang merangkumi dua julat linear 100 - 500 µgL-1 Pb2+ (R2 = 0.9989) dan 700 - 5000 µgL-1 Pb2+ (R2 = 0.9976) dengan had pengesanan 88.3 µgL-1. Bagi sensor ubahsuai pHEMA pula, julat linear adalah dalam lingkungan 100 - 1000 µgL-1 Pb2+ (R2 = 0.9971) dan had pengesanan 48.2 µgL-1, manakala bagi sensor berdasarkan PAN-pHEMA pula, julat linear adalah antara 100 - 1000 µgL-1 Pb2+ (R2 = 0.9904) dan had pengesanan 108 µgL-1. Penambahan membran pHEMA ke atas sensor memperbaiki prestasi sensor untuk penentuan Pb2+ di dalam matriks serum darah apabila dibandingkan dengan sensor tanpa penyalutan pHEMA. Tambahan pula, kajian terhadap sampel air menunjukkan hasil perolehan semula ion Pb yang memuaskan untuk sensor-sensor yang direkabentuk.,Master / Sarjana |
Pages: | 94 |
Call Number: | TP159.E37.N647 2011 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_85014+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.17 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.