Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463618
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Noor Rain Abdullah, Dr | |
dc.contributor.author | Nor Azrina Norahmad (P45163) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-25T09:31:37Z | - |
dc.date.available | 2023-09-25T09:31:37Z | - |
dc.date.issued | 2013-03-14 | |
dc.identifier.other | ukmvital:85002 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463618 | - |
dc.description | Korelasi di antara mutasi tunggal pada gen Plasmodium falciparum dan kerintangan terhadap drug antimalaria yang ditunjukkan secara fenotip oleh isolat P. falciparum membolehkan penanda molekul digunakan untuk pemantauan kerintangan tersebut. Dari Jun 2008 sehingga Oktober 2009, sampel darah diperoleh dari beberapa kawasan di sekitar Kalabakan, Sabah bagi melihat polimorfisme P. falciparum pada gen pengangkut kerintangan klorokuin (pfcrt), kerintangan multidrug (pfmdr), kerintangan dihidrofolat reduktase (pfdhfr) dan kerintangan dihidropteroat sintase (pfdhps) melalui tindak balas rantaian polimerase (PCR). Di antara sejumlah 619 orang penduduk yang telah menjalani pemeriksaan penyaringan malaria, seramai 31 orang disahkan menghidapi jangkitan P. falciparum. Analisis PCR ke atas 31 fragmen DNA pencilan P. falciparum menunjukkan kehadiran mutasi pfcrt 76T dan pfmdr1 86Y di dalam 25 (80.64%) dan 22 (71.0%) sampel masing-masing. Taburan kekerapan mutasi pfdhfr ditemui di kedudukan 164L (80.6%), 108N (71.0%), 59R (100%) dan 16V (16.1%). Tiada mutasi dikesan bagi alel 51I dan 108T. Frekuensi alel mutan dalam gen pfdhps adalah tinggi di kedudukan 437G (100%) dan 581G (74.2%) manakala tiada mutasi berlaku di kedudukan 540. Variasi polimorfisme genetik juga dilakukan ke atas sampel. Kepelbagaian alel telah dianalisis dalam gen parasit yang polimorfik yang mengekod protein permukaan merozoit-1 (msp1) dan -2 (msp2); dan protein kayaglutamat (glurp). Saiz polimorfisme yang terhad dikesan pada kesemua gen yang dianalisis, dengan empat variasi bagi alel msp1 (dua jenis K1, satu jenis MAD20 dan satu jenis RO33) dan alel msp2 (tiga jenis 3D7 dan satu jenis FC27). Sebanyak tujuh variasi saiz glurp telah direkodkan. Mutasi pada gen pfcrt dan pfmdr, serta kombinasi mutasi pfdhfr dan pfdhps pada frekuensi tinggi menunjukkan kemungkinan terdapatnya kerintangan terhadap drug klorokuin dan fansidar. Variasi alel yang rendah ditemui bagi setiap msp1, msp2 dan glurp mencadangkan kepelbagaian genetik yang terhad bagi populasi parasit P. falciparum di rantau ini.,T,Master / Sarjana | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Malaria Treatment | |
dc.title | Kajian corak genotip isolat plasmodium falciparum Kalabakan, Sabah | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 116 | |
dc.identifier.callno | QR201.M3N646 2013 | |
dc.identifier.barcode | 002044 | |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_85002+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.91 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.