Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463616
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Saiful Hafizah Binti Jaaman@Sharman Professor Madya Dr. | |
dc.contributor.author | Nurfadhlina Abdul Halim (P45120) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-25T09:31:33Z | - |
dc.date.available | 2023-09-25T09:31:33Z | - |
dc.date.issued | 2013-01-31 | |
dc.identifier.other | ukmvital:84879 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463616 | - |
dc.description | Sewa-beli Islam dikategorikan kepada dua jenis instrumen yang berdasarkan kepada kaedah pemindahan pemilikan, iaitu Ijarah Wa-Iqtina (IWI) dan Ijarah Muntahia Bittamleek (IMAT). Sewa-beli IWI melibatkan pembelian pemilikan aset di akhir tempoh penyewaan oleh penyewa, manakala sewa-beli IMAT melibatkan pemindahan pemilikan secara berkala sehingga ke akhir tempoh penyewaan. Di Malaysia, instrumen sewa-beli Islam dikenali sebagai Al-ijarah Thumma Al-Bai' (AITAB) dan merupakan instrumen di bawah pengelasan IWI. Secara Syariah, iaitu undang-undang Islam, sewa-beli Islam terikat dengan syarat-syarat tertentu yang telah digariskan. Walau bagaimanapun, terdapat kekurangan dari segi rangka Syariah pada instrumen sewabeli Islam sedia ada kerana kurangnya perhatian terhadap syarat-syarat Syariah tersebut. Justeru itu, penyelidikan ini dilakukan untuk menghasilkan model matematik alternatif bagi instrumen sewa-beli Islam di Malaysia yang lebih mematuhi Syariah. Kajian secara perbandingan terhadap rumus instrumen sewa-beli Islam yang diaplikasikan kini telah mendapati bahawa AITAB masih mengguna pakai kaedah sewa-beli lazim. Ini menjadikan AITAB seolah-olah sama seperti sewa-beli lazim. Oleh itu, model yang ditambah baik dibangunkan mengguna pendekatan perkongsian untung-rugi (PLS) yang berasaskan kepada prinsip musyarakah mutanaqisah. PLS merupakan konsep yang disarankan oleh ulama Islam bagi mengelakkan transaksi riba dalam ekonomi Islam, manakala prinsip musyarakah mutanaqisah merupakan satu daripada pendekatan dalam bidang muamalat yang diusulkan oleh Syariah. Model yang berasaskan kepada prinsip musyarakah mutanaqisah melibatkan pemindahan pemilikan aset secara berkala kepada penyewa. Oleh itu, musyarakah mutanaqisah telah mewujudkan perkongsian pemilikan di antara pemberi sewa dan penyewa melalui pemindahan pemilikan secara berkala. Pendekatan PLS pula melibatkan perkongsian keuntungan di antara rakan kongsi dengan nisbah perkongsian tertentu. Disebabkan kedua-dua pihak memberikan usaha dalam operasi sewa-beli sama ada dalam bentuk kewangan mahu pun tenaga, maka model instrumen sewa-beli Islam yang ditambah baik dikemukakan dengan menggunakan dwi-nisbah perkongsian sebagai mewakili manfaat usaha keduadua pihak yang dikongsi kan secara bersama. Penyelidikan penentuan dwi-nisbah perkongsian dilakukan secara berketentuan dan tidak berketentuan. Ini dilakukan dengan menggunakan nisbah pemilikan bagi keadaan berketentuan. Sebaliknya, bagi situasi yang tidak berketentuan, kaedah pengoptimuman berstokastik dilaksanakan. Kajian ini berjaya dibuktikan dengan dua kaedah iaitu secara empirik menggunakan data sebenar melalui pengaturcaraan menggunakan perisian MATLAB dan secara analisis. Instrumen sewa-beli Islam yang ditambah baik yang terhasil daripada kajian ini, didapati lebih memenuhi keperluan Syariah. Oleh itu, instrumen tersebut sesuai untuk disarankan penggunaannya dalam pasaran dunia, khususnya Malaysia, tanpa ragu-ragu oleh masyarakat Islam.,Ph.D | |
dc.language.iso | eng | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Conditional sales - Malaysia | |
dc.title | Pemodelan matematik instrumen sewa-beli Islam alternatif berkonsepkan perkongsian untung-rugi | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 147 | |
dc.identifier.callno | QA402.N846 2013 | |
dc.identifier.barcode | 002029 | |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_84879+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.63 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.