Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463613
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorKhairiah Hj Badri, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorMek Zah Salleh (P38428)-
dc.date.accessioned2023-09-25T09:31:26Z-
dc.date.available2023-09-25T09:31:26Z-
dc.date.issued2013-02-28-
dc.identifier.otherukmvital:84875-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463613-
dc.descriptionKajian ini memfokus kepada penghasilan poliuretana akrilat hipercabang (HBPUA) berasaskan asid oleik minyak sawit yang boleh dimatangkan dengan sinaran ultra lembayung (UV). Pemilihan asid oleik adalah berdasarkan kandungannya yang tinggi dalam minyak sawit iaitu 38-40% disamping mempunyai kumpulan berfungsi karbonil (C=O), hidroksil (-OH) dan juga ikatan karbon ganda dua (C=C) yang sangat penting dalam kajian ini. HBPUA daripada asid oleik telah disintesis melalui tindak balas tiga langkah. Pada mulanya, dipentaeritritol ditindakbalaskan dengan 2,2-bis (hidroksimetil) asid propionik dengan p-toluena asid sulfonik (p-TSA) sebagai mangkin yang menghasilkan 90-95% poliol poliester hipercabang (HBP) dengan berat molekul 1058 g/mol. HBP kemudiannya ditindakbalaskan dengan asid oleik bagi menghasilkan poliol poliester hipercabang generasi pertama (HBP-1). Tindak balas ini menghasilkan 70-75% HBP-1 dengan berat molekul (Mw) maksima 40,755 g/mol. HBPUA disediakan melalui tindak balas HBP-1 dengan diisosianat dan monomer akrilat berkumpulan hidroksil dengan kehadiran 0.1-2.0 wt% dibutiltin dilaurat sebagai mangkin pada suhu 50-90oC berjaya menghasilkan 90-95% HBPUA dengan berat molekul (Mw) maksima 65,687 g/mol . Tindak balas tersebut disahkan melalui data analisis nilai hidroksil (OHV), nilai asid (AV), analisis spektroskopi inframerah Fourier Transform (FTIR), analisis kromatografi penelapan gel (GPC) dan analisis spektroskopi resonans magnet nukleus (NMR). Suhu optima sintesis HBP adalah pada suhu 130-140oC dalam tempoh 1 jam berdasarkan OHV maksima iaitu 1255 mg KOH/g. Spektrum FTIR juga menunjukkan puncak serapan OH pada 3200-3600 cm-1. Suhu optima sintesis HBP-1 adalah pada suhu 210-220oC dalam tempoh 10 jam dengan OHV maksima iaitu 700 mg KOH/g. Spektrum FTIR juga menunjukkan puncak serapan kumpulan OH pada 3200-3600 cm-1 dengan anjakan kimia pada 65- 77 ppm bagi 13C-NMR HBP dan HBP-1 merujuk kepada karbon metilena yang terikat kepada kumpulan ester (-CH2-OCO-) atau alkohol (-CH2-OH). Spektrum FTIR HBPUA menunjukkan puncak serapan pada 1634 cm-1 dan 810 cm-1 mengesahkan ikatan akrilat -CH2=CH-COO- manakala 3300-3360 cm-1 dan 1530-1540 cm-1 merujuk kepada regangan -NH dan -CN. HBPUA dimatangkan oleh sinaran UV pada tenaga 0.36 J/cm2. Filem HBPUA/TMPTA menunjukkan kekerasan pensil di antara 4B-2H, kandungan gel 60-80%, sudut sentuh θ di antara 65-74o, Tg -15oC hingga -5oC, suhu peleraian bermula pada 200oC dengan Tmaks pada 450oC-455oC. TMPTA dapat meningkatkan darjah taut silang dan kekerasan pensil. Formulasi HBPUA/TMPTA dengan kelikatan 550-1550 cps pada 25oC menghasilkan 50-70% perekatan antara muka di atas substrat papan serpai (MDF) mengikut ujian perekatan pita perekat ASTM D 3359 - 09e2. Kelikatan HBPUA/TMPTA di antara 615-730 cps menghasilkan perekatan antara muka sehingga 70%. Mikrograf imbasan elektron (SEM) menunjukkan interaksi yang baik di antara HBPUA dan MDF.,Ph.D-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectAsid Oleik Minyak Sawit-
dc.subjectPoliuretana akrilat hipercabang-
dc.subjectPolyurethanes-
dc.titleSintesis dan pencirian poliuretana akrilat hipercabang berasaskan asid oleik minyak sawit-
dc.typetheses-
dc.format.pages187-
dc.identifier.callnoTP1180.P8M439 2013-
dc.identifier.barcode002025-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84875+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.38 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.