Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463602
Title: | Kajian aktiviti biologi dan pemencilan sebatian bioaktif daripada liken Parmotrema praesorediosum dan Parmotrema rampoddense |
Authors: | Vinoshene Pillai Rajan (P62827) |
Supervisor: | Laily Bin Din, Prof. Dato' Dr. |
Keywords: | Parmotrema praesorediosum Parmotrema rampoddense Lichens |
Issue Date: | 1-Jul-2015 |
Description: | Kajian ini telah dijalankan untuk menilai sifat antibakteria dan antioksidan empat spesies liken genus Parmotremayang berasal dari Malaysia (Parmotrema praesorediosum, P. rampoddense, P. reticulatum, P. tinctorum). Ujian antibakteria telah dijalankan menggunakan kaedah pencairan kaldu dan dinilai dengan kepekatan perencatan minimum, manakala ujian antioksidan dinilai menggunakan kaedah penghapusan radikal bebas DPPH. Teknik ekstraksi cecair-cecair, kromatografi lapisan nipis, pemfraksian kromatografi turus dan kromatografi cecair prestasi tinggipreparatif telah digunakan untuk pemencilan sebatian bioaktif. Pencirian sebatian-sebatian yang terpencil telah dijalankan menggunakan RMN, spektrometri jisim dan spektrofotometri UL. Ujian antibakteria ekstrak aseton dan metanol liken telah dijalankan terhadap Staphylococcus aureus, Bacillus subtilis dan Escherichia coli. Ekstrak aseton P. praesorediosum menunjukan nilai perencatan tertinggi dengan nilai KPM 250 µg/mL terhadapS. aureus dan 125 µg/mL terhadap B. subtilis, diikuiti dengan ekstrak aseton P. rampoddense dengan nilai KPM 500 µg/ml terhadap S. aureus dan 125 µg/mL terhadapB. subtilis. Walau bagaimanapun, ekstrak metanol semua spesies liken dan ekstrak aseton P. reticulatum didapati tidak aktif terhadap semua bakteria yang diuji. Secara keseluruhannya, aktiviti penghapusan radikal bebas liken bergantung kepada kepekatan ekstrak. Ekstrak metanol P. praesorediosum memaparkan aktiviti penghapusan radikal bebasyang tertinggi. Jumlah kandungan fenolik adalah paling tinggi dalam ekstrak metanol P.tinctorum, manakala ekstrak aseton P. praesorediosum menunjukkan jumlah kandungan flavanoid tertinggi. Keputusan pemeriksaan awal ekstrak-ekstrak liken mempamerkan potensi aktiviti antibakteria yang tinggi berbanding aktiviti antioksidan. Oleh itu, dua spesies liken (P. praesorediosum dan P. rampoddense) telah dipilih untuk pemencilan sebatian bioaktif memandangkan potensi antibakteria spesies liken tersebut adalah tinggi. Daripada data RMN, sejumlah 7 sebatian (atranorin, kloroatranorin, asid usnik, asid β-alektoronik, α- kollatolik, asid praesodiosik, asid protosetrarik) telah dikenalpasti. Asid usnik mempamerkan potensi antibakteria tertinggi dengan nilai KPM 7.81 µg/mL terhadap S. aureus dan B. subtilis. Keputusan ini didapati hampir sepadan dengan potensi antibakteria piawai. Asid praesorediosik dan asid protosetrarik merupakan hanya dua sebatian yang mampu memerencat E. coli pada kepekatan 125 µg/mL dan mempamerkan lebih daripada 50% aktiviti penghapusan radikal bebas DPPH. Data daripada kajian ini mencadangkan bahawa sebatian-sebatian yang terpencil ini, boleh digunakan dalam penyelidikan dan pembangunan ejen-ejen aktif terhadap penyakit berjangkit dan tekanan oksidatif radikal bebas.,Master / Sarjana |
Pages: | 140 |
Call Number: | QK583.V536 2015 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_84819+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 27.61 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.