Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463599
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorFauzi Bin Daud Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorMohd Hafis Yuswan bin Mohd Yusoff (P62101)-
dc.date.accessioned2023-09-25T09:30:52Z-
dc.date.available2023-09-25T09:30:52Z-
dc.date.issued2015-02-21-
dc.identifier.otherukmvital:84817-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463599-
dc.descriptionCendawan Gelam merupakan sejenis cendawan liar tempatan yang boleh dimakan dan hanya boleh dijumpai di persisiran pantai daerah Bachok, Kelantan. Masyarakat tempatan menggunakan cendawan ini sebagai makanan tambahan di samping mempercayai dapat mengawal kandungan gula di dalam darah serta merawat penyakit kanser payudara. Kajian sebelum ini mendapati ekstrak daripada pelbagai jenis cendawan dapat merawat penyakit diabetes dan kanser tersebut. Hal ini dikaitkan dengan kandungan sebatian bioaktif antioksidan yang dapat merencatkan aktiviti radikal bebas di dalam badan iaitu antara penyebab diabetis dan kanser payudara. Disebabkan masyarakat luar tidak mengetahui kewujudan cendawan ini, sehingga kini tiada sebarang kajian saintifik dijalankan terhadap cendawan Gelam bagi membuktikan fungsi biologi cendawan tersebut. Kajian ini telah mengesahkan cendawan Gelam sebagai Boletus qripurpureus melalui teknik pengecaman morfologi makro-mikro dan genetik pada urutan gen ruangan transkrip dalaman (ITS) daripada genomik DNA dengan patus persamaan sebanyak 91%. Dalam kajian ini, sebatian antioksidan daripada cendawan diekstrak menggunakan air Mili-Q dan metanol. Pengekstrakan daripada 1.0 g payung dan tangkai cendawan Gelam daripada air masing-masing menghasilkan 0.22±0.09 g/g dan 0.30±0.07 g/g jumlah ekstrak akuas. Pengekstrakan metanol daripada 1.0 g payung dan tangkai cendawan Gelam pula masing-masing menghasilkan 0.31±0.08 g/g dan 0.37±0.05 g/g jumlah ekstrak metanol. Seterusnya, pencerakinan DPPH dijalankan untuk menentukan nilai keberkesanan sebatian antioksidan bagi setiap ekstrak. Pencerakinan DPPH menunjukkan nilai EC50 ekstrak akuas payung dan kedua-dua ekstrak metanol bagi tangkai dan payung ialah 1.2 mg/mL manakala nilai EC50 ekstrak akuas bagi tangkai ialah 1.4 mg/mL. Nilai EC50 sebatian kawalan iaitu asid askorbik pula ialah 0.5 mg/mL. Pencerakinan kromatografi cecair bersama spektrometer jisim ke atas campuran nisbah 3:2 ekstrak metanol dan air menunjukkan 43 sebatian antioksidan terlibat dalam aktiviti pencerakinan DPPH. Bagi mengenal pasti sebatian-sebatian ini, perisian SIMCA 13.0 yang melibatkan analisis PCA, OPLS-DA dan plot-s digunakan. Analisis PCA menunjukkan 73.6% aktiviti antioksidan daripada sampel terhadap DPPH. Aktiviti antioksidan ini disahkan melalui analisis OPLS-DA dan mendapati kepelbagaian antara sampel dengan kawalan ialah 99.6% dengan ketepatan ramalan sebanyak 99.3%. Pemilihan plot-s menunjukkan hanya sepuluh sebatian antioksidan terlibat secara signifikan dalam pencerakinan DPPH ini. Empat daripada sepuluh sebatian antioksidan tersebut telah dikenalpasti melalui pangkalan data METLIN dan NIST manakala selebihnya ialah sebatian baru. Sebatian antioksidan tersebut ialah 2,4,6-trimetilasetofenon imina, glutamiltriptofan, azatadine dan asid litokolik glisina konjugat. Hasil daripada kajian ini telah memperkenalkan sumber biodiversiti tempatan di samping membuktikan secara saintifik wujudnya aktiviti antioksidan yang berpotensi merencat radikal bebas di dalam badan sebagai alternatif merawat penyakit diabetes dan kanser payudara.,Master / Sarjana-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectCendawan gelam (Boletus qriseipurpureus)-
dc.subjectPlant bioactive compounds-
dc.titlePengenalpastian dan pencirian sebatian bioaktif antioksidan cendawan gelam (Boletus qriseipurpureus)-
dc.typetheses-
dc.format.pages81-
dc.identifier.callnoQK898.B54.M846 2015-
dc.identifier.barcode001990-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84817+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.53 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.