Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463596
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMamot Said, Prof Madya Dr.
dc.contributor.authorNur Hafizah Ali (P38612)
dc.date.accessioned2023-09-25T09:30:44Z-
dc.date.available2023-09-25T09:30:44Z-
dc.date.issued2013-12-05
dc.identifier.otherukmvital:84741
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463596-
dc.descriptionKajian ini dijalankan untuk menentukan aktiviti enzim antioksidan, iaitu superoksida dismutase (SOD), katalase (CAT) and glutation peroksidase (GSH-px) dan kandungan polifenol jumlah daripada 10 buah-buahan tropika tempatan terpilih. Buah-buahan tersebut adalah tiga varieti jambu batu (berbiji, tanpa biji dan jambu batu merah), dua varieti mangga (chokanan dan harumanis), belimbing, pulasan, ciku varieti subang, durian belanda dan betik varieti sekaki. Bagi tiga var. jambu batu dan belimbing, kesemua isi dan kulit dikisarkan bersama-sama manakala bagi dua var. mangga (chokanan dan harumanis), pulasan, betik var. sekaki, ciku var. subang dan durian belanda, kulit dan isi dikisar berasingan. Hasil kajian menunjukkan aktiviti SOD kulit buah tertinggi adalah dalam pulasan (0.044 Unit mg-1, dengan IC50 sebanyak 22.54 mg), manakala aktiviti SOD isi tertinggi adalah di dalam mangga var. chokanan (0.0948 unit mg-1, dengan IC50 sebanyak 10.55 mg). Aktiviti SOD tertinggi untuk keseluruhan buah adalah di dalam jambu batu merah (0.047 unit mg-1, dengan IC50 sebanyak 20.62 mg ). Untuk CAT, hasil kajian menunjukkan aktiviti tertinggi (36.04 x 103 unit mg-1 protein) didapati pada kulit betik var. sekaki dan isi pulasan (39.37 x 103 unit mg-1 protein). Untuk keseluruhan buah, aktiviti CAT tertinggi ditunjukkan oleh jambu batu var. tanpa biji (26.43 x 103 unit mg-1 protein). Manakala untuk GSH-px, aktiviti tertinggi adalah di dalam kulit dan isi betik var. sekaki (masing-masing 17000.42 unit 100g-1 dan 18015.13 unit 100g-1). Untuk keseluruhan buah, aktiviti GSH-px tertinggi adalah pada jambu batu var. tanpa biji (34430.52 unit 100g-1). Kandungan polifenol jumlah tertinggi adalah di dalam kulit dan isi mangga var. harumanis (masing-masing 6.10 g 100g-1 dan 3.07 g 100g-1). Bagi keseluruhan buah, kandungan tertinggi didapati pada jambu batu var. tanpa (6.44 g 100-1). Aktiviti enzim antioksidan di dalam produk yang dibangunkan dipanggil minuman tinggi antioksidan. Keputusan menunjukkan aktiviti SOD dalam minuman tinggi antioksidan adalah 0.0678 Unit mg-1, dengan IC50 sebanyak 14.75 mg; aktiviti CAT adalah 34.75 x 103 unit mg-1 protein dan aktiviti GSH-px adalah 25033.25 unit 100g-1. Kesimpulannya, kesemua buah-buahan yang dikaji, produk yang dibangunkan mengandungi enzim antioksidan.,Master / Sarjana
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi
dc.rightsUKM
dc.subjectAntioksidan
dc.subjectAntioxidants
dc.titleAktiviti enzim antioksidan daripada buah-buahan tropika terpilih
dc.typetheses
dc.format.pages90
dc.identifier.callnoTX553.A73.N847 2013
dc.identifier.barcode002080
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84741+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
1.71 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.