Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463588
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohamed Rozali Othman, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorSiti Zubaidah Hasan (P69848)-
dc.date.accessioned2023-09-25T09:30:23Z-
dc.date.available2023-09-25T09:30:23Z-
dc.date.issued2016-08-24-
dc.identifier.otherukmvital:84456-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463588-
dc.descriptionDalam kajian ini, sebatian mangan oksida, MnO2 tulen iaitu sampel-sampel SA, SB, SC, SD, SE dan SF telah disediakan menggunakan tindak balas sonokimia (sonik, S) manakala sampel BSA, BSB, BSC, BSD, BSE dan BSF disediakan daripada tidak balas bukan sonokimia (hidroterma, BS) yang mudah dan mesra alam. Hasil SA, SB, SC dan SD serta BSA, BSB, BSC dan BSD disintesis daripada permukaan terubahsuai templat (mangkin berpenyokong silika alumina dan silika) manakala SE dan SF serta BSE and BSF disediakan daripada garam Mn(CH3COO)2.4H2O dan MnCO3 dengan kalium permanganat (KMnO4). Pengoptimuman masa tindak balas dilakukan terhadap keduadua jenis tindak balas selama 30, 60, 180 dan 360 minit. Produk dicirikan menggunakan Spektroskopi Pembelauan Sinar-X (XRD) dan Spektroskopi Infra Merah Transformasi Fourier (FTIR). Seterusnya produk yang diperolehi pada masa optimum dilakukan pencirian tambahan menggunakan Ultra Lembayung-nampak (UV-Vis), Mikroskopi Elektron Pengimbasan (SEM) dan Mikroskopi Elektron Transmisi (TEM). Beberapa produk tulen yang diperolehi dilakukan ujian jerap-nyahjerap Nitrogen menggunakan kaedah Brunaueur-Emmett-Teller (BET) untuk mengkaji luas permukaan dan Barrett- Joyner-Halenda (BJH) untuk mengkaji isipadu dan saiz liang. Kromatogram XRD menunjukkan sifat kristal dan ketulenan produk dalam sudut lebar 2θ dan produk yang diperolehi iaitu SA dan SB merupakan binersit-MnO2 (no. JCPDS 431456), SC, SD, BSA dan BSB ialah binersit-MnO2 (no. JCPDS 80-1098), SE ialah α-MnO2 (no. JCPDS 72-1982), BSC dan BSD ialah α-MnO2 (no. JCPDS 44-0141), BSE ialah campuran MnOOH dan Mn3O4 (no. JCPDS 24-0734 dan 41-1379) dan SF dan BSF merupakan campuran mangan dioksida dan MnCO3 yang tidak bertindak balas. Spektrum FTIR menunjukkan kewujudan jalur getaran MnO dalam julat 600-400 cm-1 bagi semua hasil. Mikrograf SEM menunjukkan morfologi hasil yang mempunyai partikel bersaiz nano. Morfologi produk yang diperolehi adalah pelbagai bentuk daripada rod nano yang mempunyai saiz sama (d=20 nm; p=71 nm) kepada bentuk bunga yang terdiri daripada kepingan bersaiz nano yang tebal (100 nm), kepingan bersaiz nano yang mempunyai lapisan nipis (50 nm) dan partikel bersaiz nano berbentuk wayar (p>100 nm). Analisis BET dan BJH menunjukkan semua produk mempunyai liang yang sesuai bagi sifat poros bahan. Ujian penjerapan pewarna organik dilakukan terhadap beberapa produk yang terpilih menggunakan kaedah kelompok. Penjerapan dilakukan dengan menggunakan pewarna reaktif (Remazol Red 3BS), pewarna asid (Eriochrome Black T) dan pewarna bes (Metilena biru). Kerja-kerja pengoptimuman proses penjerapan seperti dos penjerap, kepekatan awal bahan jerap dan pH larutan hanya dilakukan menggunakan pewarna Remazol Red 3BS. Perbezaan kepekatan larutan pewarna sebelum dan selepas ujian penjerapan dikaji menggunakan UV-Vis. Hasil ujian penjerapan menunjukkan penjerap yang disintesis boleh menjerap 100% sebatian pewarna dalam masa yang singkat berbanding MnO2 komersial. Mekanisme penjerapan pewarna oleh penjerap yang dikenalpasti ialah daya tarikan elektrostatik dan ikatan hidrogen.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectMangan oksida-
dc.subjectPewarna organik-
dc.subjectSonokimia-
dc.subjectPenjerapan pewarna-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleSintesis mangan dioksida bersaiz nano menggunakan kaedah sonokimia dan bukan sonokimia: aplikasi penjerapan pewarna organik-
dc.typetheses-
dc.format.pages196-
dc.identifier.barcode002524(2017)-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84456+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
392.18 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.