Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463587
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Mohamad Azwani Shah Mat Lazim, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Mohd. Adil Hakam Osman (P64579) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-25T09:30:21Z | - |
dc.date.available | 2023-09-25T09:30:21Z | - |
dc.date.issued | 2016-08-18 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:84455 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463587 | - |
dc.description | Kajian ini bertujuan mensintesis hidrogel responsif terhadap pH berasaskan selulosa bakteria yang diperoleh daripada Nata de Coco (NDC) dan asid akrilik (AA). NDC ditulenkan dan dijadikan serbuk bagi memudahkan tindak balas cantum dan pempolimeran berlaku. Tiga jenis sampel disediakan berdasarkan nisbah NDC:AA iaitu sampel hidrogel A[1:1], B[2:1] dan C[3:1]. Sintesis hidrogel ini melibatkan proses cantum AA kepada molekul NDC membentuk hidrogel NDC-AA menggunakan kaedah sinaran gamma (sumber: 60Co). Kaedah yang menggunakan tenaga yang tinggi telah menghasilkan radikal bebas seperti OH•, H•, H2O2 dan H2. Kesemua radikal ini menyerang kumpulan berfungsi yang terdapat pada NDC dan AA, menggalakkan proses cantum AA terhadap NDC. Molekul AA juga menjalani proses pempolimeran membentuk poliakrilik. Ujian ATR-FTIR mendapati puncak keamatan pada 1171 cm-1 yang mewakili ikatan -C-O-C-, membuktikan cantum berlaku antara AA dan NDC. Ujian peratusan keseimbangan kandungan air (KKA%) pula mendapati hidrogel ini mampu menampung kandungan air sehingga 93.10%. Hal ini kerana terdapat liang-liang halus yang bersaiz 800 nm sehingga 35μm yang membenarkan kemasukan air ke dalam jaringan hidrogel seperti yang dibuktikan dalam analisis FESEM. Ujian pembengkakan dan pengecutan dijalankan ke atas kesemua hidrogel dan mendapati hidrogel B[2:1] mempunyai kadar pembengkakan yang tinggi pada pH 10. Ujian pengecutan pula menunjukkan hidrogel B[2:1] mengalami pengecutan yang drastik pada pH 4 berbanding dengan hidrogel yang lain. Oleh itu, berdasarkan kepada keputusan yang diperoleh daripada ujian pembengkakan dan pengecutan, hidrogel B[2:1] diuji sebagai penjerap metilena biru (MB) dan dianalisis menggunakan spektrofotometer UV-VIS. Keputusan dianalisis dan diselaraskan dengan dua model isoterma Langmuir dan Freundlich. Perbandingan pemalar bagi model isoterma Langmuir dan Freundlich mendapati hidrogel ini mematuhi kedua-dua model isoterma. Oleh itu, hidrogel dengan nisbah [2:1] merupakan sampel terbaik yang boleh digunakan sebagai penjerap MB paling efisien.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Nata de coco | - |
dc.subject | Selulosa bakteria | - |
dc.subject | Sinaran gamma | - |
dc.subject | Hidrogel responsif-pH | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Sintesis dan pencirian hidrogel responsif-pH berasaskan nata de coco (selulosa bakteria) dengan menggunakan kaedah pempolimeran sinaran gamma | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 113 | - |
dc.identifier.barcode | 002523(2017) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_84455+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 266.53 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.