Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463586
Title: Kajian penjerapan dan penyahjerapan gas karbon dioksida menggunakan oktadesilamina disokong pada silika dan karbon teraktif
Authors: Maratun Najiha Abu Tahari (P68051)
Supervisor: Mohd. Ambar Yarmo, Prof. Dr.
Keywords: Karbon dioksida
Oktadesilamina
Silika
Penjerapan
Penyahjerapan
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 24-Aug-2016
Description: Salah satu faktor menyumbang kepada pemanasan global adalah peningkatan kepekatan gas CO2 di atmosfera akibat daripada pembakaran bahan api fosil untuk keperluan tenaga dan kenderaan bermotor yang terus meningkat. Sehingga Jun 2016, kepekatan gas CO2 di atmosfera dilaporkan telah mencapai 406.81 ppm dan ini dilihat memberi impak yang negatif kepada alam sekitar, insfrastruktur dan juga hidupan khasnya. Jika tiada langkah-langkah yang drastik dilakukan, pada tahun 2100, suhu dunia akan meningkat sehingga 4˚C. Oleh itu, pelbagai usaha penghasilan penjerap gas CO2 dilakukan dan gas CO2 yang terjerap boleh digunakan sebagai bahan api dan bahan kimia bagi menggantikan kebergantungan terhadap minyak dan gas. Kini, pelbagai jenis sebatian amina dipilih sebagai penjerap CO2 kerana sifat kebesan yang boleh bertindak balas dengan gas CO2 yang bersifat asidik seterusnya membentuk sebatian karbamat. Dalam kajian ini, sebatian amina lemak berantai panjang dan lurus (oktadesilamina, ODA) telah dibangunkan dengan memuatkan ODA pada permukaan penyokong berliang (silika gel (SG600), silika dioksida (SiO2) dan karbon teraktif (AC)). ODA yang disokong pada silika gel (ODA/SG600) merupakan penjerap yang lebih baik berbanding ODA/SiO2 dan ODA/AC. Proses jerapan isoterma gas CO2 dilakukan pada suhu 30˚C memperlihatkan urutan jerapan CO2 seperti berikut: 55 ODA/SG600 > 45 ODA/SG600 > 35 ODA/SG600 > 25 ODA/SG600 > 65 ODA/SG600 > 15 ODA/SG600 > SG600 > 5 ODA/SG600. Gabungan sebatian amina (ODA) dan penyokong berliang (SG) dapat menyumbang kepada interaksi kimia dan fizikal terhadap molekul CO2. Analisis FTIR penjerap ODA/SG600 mendapati keamatan regangan kumpulan silanol bebas dan silanol berikatan hidrogen menurun setelah didedahkan kepada aliran gas CO2. Ini menunjukkan adanya jerapan fizikal yang berlaku secara ikatan hidrogen diantara kumpulan silanol SG dengan molekul CO2 (Si-OH….O=C=O). Malahan, kehadiran getaran bagi regangan ammonium pada nombor gelombang 1643 dan 1485 cm-1 serta kumpulan karbamat (-NH-COO-) pada 1567 cm-1 membuktikan kewujudan jerapan kimia (ODA-CO2). Hasil analisis XPS mengukuhkan lagi jerapan kimia yang berlaku dengan tenaga pengikatan bagi kumpulan ammonium (-NH3+) dan karbamat (-NH-COO-) pada 400.9 ± 0.1 eV dan 400.1 ± 0.1 eV. Analisis TGA menunjukkan permulaan bagi proses penguraian ODA terjadi sekitar suhu 130˚C. Suhu terbaik nyahjerapan gas CO2 daripada sebatian karbamat dilakukan pada suhu 70˚C dan kajian ini dilakukan menggunakan kaedah penjerapan dan penyahjerapan isoterma gas CO2. Bahan penjerap CO2 yang optimum dalam kajian ini adalah 55ODA/SG600 dengan kuantiti jerapan sebanyak 18.58 cm3 CO2/g penjerap (3.65 bt./bt.%) berbanding 9.27 cm3 CO2/g penjerap (3.65 bt./bt.%) bagi SG600. Kemerosotan liang pada permukaan SG setelah penambahan 55% ODA membuktikan bahawa jerapan CO2 pada 55 ODA/SG600 adalah didominasi oleh fenomena jerapan kimia dimana tindak balas kimia terjadi antara kumpulan amina dan CO2 dan ini telah disahkan dengan pembentukan oktadesilammonium oktadesilkarbamat. Ujian kebolehulangan penjerap 55ODA/SG600 dilakukan sebanyak 5 kitaran dengan kuantiti jerapan CO2 yang stabil telah diperoleh bagi setiap kitaran.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 145
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84454+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.06 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.