Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463585
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorJumat Salimon, Prof. Dr.
dc.contributor.authorCheong Kah Yein (P57265)
dc.date.accessioned2023-09-25T09:30:17Z-
dc.date.available2023-09-25T09:30:17Z-
dc.date.issued2016-06-27
dc.identifier.otherukmvital:84453
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463585-
dc.descriptionTanah peluntur terpakai (SBE) yang terdiri daripada alumina silika merupakan serbuk halus berwarna perang yang dihasilkan daripada proses pelunturan minyak sawit mentah (CPO) dan ia biasanya dilupuskan di tapak pelupusan tanpa penyelesaian yang saintifik. Dalam kajian ini, satu cara yang inovatif untuk mengitar semula SBE sebagai baja organik telah dikaji melalui formulasi dengan biojisim organik lain seperti batang kelapa sawit (OPT), tandan kosong kelapa sawit (EFB), pelepah sawit (OPF) dan najis ayam (CL). Dalam kajian, faktor-faktor perubahan nisbah molar biojisim organik terhadap ciri-ciri kimia dan kandungan nutrien SBE baja organik juga telah dikaji. 9 jenis formulasi yang berasaskan SBE iaitu baja campuran X (SBE: OPT: CL), baja campuran Y (SBE: OPT: OPF) dan baja campuran Z (SBE: OPT: EFB) dalam nisbah molar yang berlainan iaitu 1: 1: 0.1, 1: 1: 0.3, 1: 1: 0.5 telah dihasilkan. Antara 9 jenis formulasi yang dihasilkan, formulasi baja campuran X dalam nisbah 1:1:0.5 mempunyai kandungan nutrien yang maksimum iaitu nitrogen (N) 0.65 %, fosforus (P) 1.59 % dan kalium (K) 1.63 %. Nilai pH, kandungan karbon organik (OC) dan nisbah karbon : nitrogen (C: N) formulasi baja campuran tersebut masing-masing adalah 5.4, 23.01 % dan 36:1. Formulasi baja campuran ini juga telah diperkayakan lagi dengan baja mineral [2.8 % urea, 1.6 % batu fosfat (CIRP) dan 0.5 % muriate kalium (MOP)] untuk mencapai nutrien seimbang iaitu 2N: 2P: 2K yang bersesuaian untuk tumbuhan jenis kitaran hidup pendek. Hasil formulasi ini iaitu SBE baja organik I mempunyai nutrien N, P, K 1.6 %, 1.9 % dan 1.9 % yang berdekatan dengan sasaran NPK 2:2:2. Ciri-ciri kimia tanah juga telah menunjukkan kesan positif dari segi peningkatan nutrien N, P, K, kapasiti penukaran kation (KPK) dan bahan organik dalam tanah yang dirawati dengan SBE baja organik I. Selain itu, keberkesanan SBE baja organik I terhadap tumbuhan jenis kitaran hidup pendek iaitu pokok terung yang dikajiuji dalam kajian ini telah dijalankan untuk perbandingan dengan baja kimia dan baja organik komersial. Dari segi kajian biometrik terhadap tanaman terung, tinggi pokok (90.5 cm) dan lebar daun (424.7 cm2) pokok terung hasil daripada rawatan SBE baja organik I menunjukkan perbezaan bererti (p<0.05) berbanding dengan pokok terung dalam plot kawalan dan setanding dengan pokok terung hasil daripada rawatan baja kimia komersial. Berat daun segar hasil daripada rawatan SBE baja organik I didapati adalah setanding dengan pokok terung hasil rawatan baja organik komersial dan mempunyai perbezaan bererti (p<0.05) dengan pokok dalam plot kawalan. Jumlah hasil buah segar per pokok dan jumlah biojisim pokok hasil daripada plot yang menggunakan SBE baja organik I masing-masing adalah 1134.3 g dan 205.9 g. Purata berat dan panjang buah segar terung hasil daripada rawatan SBE baja organik I masing-masing adalah 182.8 g dan 29.4 cm. Kandungan N (3.25 %) dalam daun terung hasil daripada rawatan SBE baja organik I adalah tidak perbezaan bererti dengan pokok hasil daripada plot baja kimia komersial dan kandungan P (0.56 %) dalam daun terung hasil daripada rawatan SBE baja organik I telah meningkat secara bererti (p<0.05) berbanding dengan pokok dalam plot kawalan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi
dc.rightsUKM
dc.subjectBaja organik
dc.subjectTanah peluntur terpakai
dc.subjectTanaman terung
dc.subjectKimia tanah
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleFormulasi dan pengoptimuman baja organik berasaskan tanah peluntur terpakai untuk tanaman terung
dc.typetheses
dc.format.pages108
dc.identifier.barcode002521(2017)
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84453+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
303.77 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.