Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463584
Title: Kesan ekstrak akuas batang Lunasia amara terhadap libido dan kesuburan tikus jantan teraruh diabetes
Authors: Nor Raidah Rahmat (P63267)
Supervisor: Mahanem Mat Noor, Prof. Madya Dr.
Keywords: Lunasia amara
Tikus jantan
Diabetes
Prokesuburan
Libido
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 10-Aug-2016
Description: Pengambilan Lunasia amara (sanrego) telah diamalkan secara tradisional untuk memulihkan libido dan kesuburan lelaki serta mempunyai kesan antihiperglisemia. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji potensi L. amara dalam membaiki masalah kesuburan yang dialami pesakit diabetes. Reka bentuk penyelidikan ini melibatkan empat kajian utama menggunakan perlakuan ekstrak akuas batang L. amara iaitu (A) kajian menentusahkan prokesuburan dan libido jantan oleh L. amara, (B) kajian potensi antihiperglisemia L. amara, (C) kajian L. amara dalam membaiki kesuburan dan libido tikus jantan diabetes serta (D) kajian taburan pengambilan glukosa 2-(n-(7-nitrobenz-2-oksa-1,3-diazol-4-il)amino)-2-deoksiglukosa (2-NBDG) oleh testis. Kajian (A) mengandungi kumpulan kawalan normal dan perlakuan 60 mg/kg L. amara. Pengambilan L. amara sebanyak 60 mg/kg selama 30 hari didapati meningkatkan libido dan aras hormon testosteron tikus jantan normal serta meningkatkan bilangan, motiliti dan viabiliti sperma epididimis kauda dengan signifikan berbanding kumpulan tikus kawalan normal (p<0.05). Histologi testis kumpulan perlakuan menunjukkan peningkatan kepadatan sel spermatozoa berbanding kumpulan kawalan normal. Dalam kajian (B), (C) dan (D), terdapat tiga kumpulan kawalan yang digunakan iaitu kawalan normal (tikus tanpa aruhan diabetes), kawalan positif (tikus diabetes dengan perlakuan 500 mg/kg metformin) dan kawalan negatif (tikus diabetes tanpa perlakuan). Tikus diaruh diabetes dengan menyuntik 55 mg/kg streptozotosin. Tikus teraruh diabetes masing-masing diberi perlakuan ekstrak L. amara (60, 120, 250 dan 500 mg/kg berat tubuh) selama 7 hari. L. amara sebanyak 500 mg/kg didapati menurunkan aras glukosa tikus diabetes sebanyak 51.76% (p<0.05) berbanding kawalan negatif. Dalam kajian (C), tikus teraruh diabetes masing-masing diberi perlakuan ekstrak L. amara (250 dan 500 mg/kg) selama 30 hari. Hasil kajian menunjukkan berlaku penurunan libido dan aras testosteron secara signifikan (p<0.05) pada kedua-dua dos tersebut berbanding kawalan normal. Analisis kualiti sperma mendapati tikus yang diberi 250 mg/kg L. amara mengalami penurunan viabiliti sperma manakala tikus yang didoskan dengan 500 mg/kg L. amara mengalami penurunan bilangan sperma dan peratusan motiliti sperma progresif secara signifikan (p<0.05) berbanding kawalan normal. Aras aktiviti spesifik enzim glutation peroksidase, katalase dan superoksida dismutase testis menunjukkan penurunan signifikan (p<0.05) bagi kedua-dua kumpulan perlakuan L. amara (250 dan 500 mg/kg) berbanding kawalan normal dan diabetes. Tiada kelahiran anak dicatatkan dalam ujian kesuburan tikus dos perlakuan L. amara pada kedua-dua dos (250 dan 500 mg/kg). Dalam kajian (D), tikus diabetes hanya menerima perlakuan dos 500 mg/kg L. amara. Berdasarkan keamatan pewarnaan fluorescent glukosa 2-NBDG, hasil kajian (D) mencadangkan sel di testis kumpulan perlakuan 500 mg/kg L. amara dan kumpulan kawalan negatif mengalami masalah pengambilan glukosa berbanding kumpulan kawalan normal. Kesimpulannya, pengambilan ekstrak akuas batang L. amara pada dos 60 mg/kg berupaya memberi kesan prokesuburan tanpa memberi kesan antihiperglisemia, sebaliknya pada dos 500 mg/kg L. amara mencegah pembaikan libido dan kesuburan walaupun memberi kesan antihiperglisemia. Keputusan kajian ini disokong oleh hasil kajian taburan pengambilan glukosa 2-NBDG di testis.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 112
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84452+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
342.96 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.