Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463581
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAzimah Hussin, Dr.
dc.contributor.authorAzmi Abu Bakar (P72186)
dc.date.accessioned2023-09-25T09:30:08Z-
dc.date.available2023-09-25T09:30:08Z-
dc.date.issued2016-12
dc.identifier.otherukmvital:84449
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463581-
dc.descriptionSilika (SiO2) merupakan bahan asas utama dalam industri kaca, peralatan optik, seramik, logam aloi, elektronik, penghasilan sel solar serta digunakan sebagai bahan binaan dalam projek pembangunan infrastruktur. Kepelbagaian kegunaannya dalam industri tersebut bergantung kepada kualiti sumber yang pelbagai dari segi peratusan komposisi kimia (ketulenan SiO2) dan sifat fizikal. Bagi kegunaan dalam industri berteknologi tinggi (komponen litar elektronik dan sel solar), silikon (Si) perlu dihasilkan terlebih dahulu daripada sumber silika berketulenan tinggi yang amat sukar ditemui secara semulajadi pada permukaan bumi. Kewujudan permatang kuarzit di Lawin, Perak dengan anggaran rizab yang tinggi amat sesuai untuk dinilai potensi kegunaannya sebagai bahan mentah dalam industri berasaskan silika. Penilaian potensi batuan kuarzit ini ditumpukan dalam aspek kesesuaian penggunaan dalam industri penghasilan silikon yang semakin berkembang maju di Malaysia. Industri penghasilan silikon memerlukan sumber silika dalam bentuk jasad batuan yang sukar diperolehi, manakala keperluan bahan mentah silika bagi industri lain umumnya boleh diperolehi dalam bentuk pasir silika yang banyak diusahakan di Negeri Perak. Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti cirian geologi kuarzit Lawin dalam aspek petrografi, mineralogi, geokimia, sifat fizikal serta kesesuaiannya digunakan sebagai bahan mentah bagi industri berasaskan silika. Dapatan kajian menunjukkan sumber silika yang terdapat di kawasan Lawin adalah berasalan batu pasir kuarza arenit yang secara umumnya terdiri daripada butiran silika bersaiz sederhana hingga halus, bertekstur padat dengan ruang antara butirannya diisi mineral mika, serisit dan lempung. Siri batuan ini kemudiannya mengalami metamorfisma sentuh akibat rejahan Granit Banjaran Besar (Tertiar-Karbon) dan seterusnya membentuk batuan orto-kuarzit. Kuarzit yang terhasil (Kuarzit Lawin) juga telah mengalami canggaan fasa lewat yang dibuktikan melalui kehadiran telerang kuarza dalamnya. Telerang kuarza yang terbentuk menyumbangkan 5-15% jisim batuan. Terdapat kehadiran struktur kekar pada singkapan batuan kuarzit dengan kekerapan yang agak tinggi. Berdasarkan log lubang gerudi, 74.7% pecahan batuan teras lubang gerudi bersaiz melebihi 20mm dan sesuai untuk dijadikan agregat bagi kegunaan industri penghasilan silikon. Komposisi kimia batuan yang diperolehi melalui kaedah analisis XRF secara pukal menunjukkan peratusan kandungan SiO2 berjulat 96.10-98.70%, dengan nilai purata 97.33%. Komposisi oksida utama yang turut dikesan ialah Al2O3 (0.20-1.80%), Fe2O3 (0.02-0.20%), TiO2 (0.01-0.09%), CaO (<0.01 - 0.07%), MgO (0.02-0.11%), Na2O (<0.01-0.06%), K2O (0.01-0.44%) dan P2O5 (<0.01-0.03%). Analisis ICP-OES menunjukkan jumlah purata konsentrasi bendasing (bahan cemar) bagi 25 unsur yang dikesan ialah 8,484ppm (0.85%). Bahan cemar utama disumbangkan oleh unsur Al iaitu pada nilai purata 5,205ppm (0.52%). Kehadiran Al dikenalpasti berpunca terutamanya daripada mineral mika jenis muskovit. Berdasarkan komposisi kimia, kualiti Kuarzit Lawin dikelaskan sebagai bergred rendah. Perbandingan kualiti kimia dengan sumber silika komersial dalam bidang penghasilan silikon menunjukkan Kuarzit Lawin secara umumnya sesuai digunakan dalam industri penghasilan ferosilikon. Nilai ketumpatan tentu (graviti tentu) batuan adalah sekitar 2.61 tan per meter padu. Rizab sumber batuan silika di kawasan kajian seluas 1km2 dianggarkan 4.7 juta tan. Pembangunan sebuah kuari bagi pengeluaran agregat batuan kuarzit dengan kadar pengeluaran 200,000 tan setahun dianggarkan mampu beroperasi melebihi 23 tahun dan amat berekonomi untuk diusahakan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi
dc.rightsUKM
dc.subjectSilika
dc.subjectKuarzit Lawin
dc.subjectMetamorfisma
dc.subjectAnalisis XRF
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleBatuan kuarzit Lawin: cirian geologi dan potensi sebagai sumber silika industri
dc.typetheses
dc.format.pages132
dc.identifier.barcode002517(2017)
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84449+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
777.41 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.