Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463580
Title: | Kepekatan unsur dan dosimetri unsur polonium-210 dan logam berat dalam tembakau dan produk tembakau di Malaysia |
Authors: | Muhammad Azfar Azman (P58695) |
Supervisor: | Muhammad Samudi Yasir, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Produk tembakau Polonium-210 Sinar alfa Rokok Analisis pengaktifan neutron Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 19-Dec-2016 |
Description: | Budaya merokok merupakan budaya yang popular semenjak ia dipopularkan melalui pengiklanan di media surat khabar dan televisyen sekitar abad ke 50-an. Kerajaan telah berusaha dengan melancarkan kempen “anti-rokok”, akan tetapi ianya masih tiada kesan. Kajian ini dilakukan untuk mengkaji apakah unsur-unsur yang terdapat di dalam tembakau dan rokok serta kepekatannya dan dos efektif yang mungkin diperoleh oleh perokok yang menghisap rokok. Sampel yang digunakan ialah daripada daun dan tanih tembakau yang di ambil dari ladang-ladang di Kelantan manakala tembakau rokok diperoleh daripada rokok-rokok berjenama yang dibeli dari pasaraya. Kajian ini menumpukan kepada kepekatan unsur Po-210 yang merupakan radioaktif pemancar sinar alfa. Sinar alfa mempunyai sifat ion yang tinggi dimana ia mampu untuk membunuh sel hidup atau memutasi sel. Kepekatan unsur-unsur surihan yang terdapat di dalam sampel juga ditentukan dalam kajian ini. Terdapat dua kaedah yang digunakan dalam kajian ini, iaitu spektrometer sinar alfa dan spektrometer sinar gama dengan menggunakan teknik pengaktifan neutron (NAA). Sampel yang telah dibilang, dianalisis untuk menentukan kepekatan unsur dan juga dos yang mungkin diperoleh oleh perokok. Hasil kajian pada sampel tembakau, tanih dan juga rokok berjenama mendapati kepekatan polonium-210 pada daun tembakau Bachok ialah 3.58 ± 1.36 mBq/g, pada tembakau Tumpat adalah 2.37 ± 1.52 mBq/g dan tembakau Semerak 22.58 ± 7.52 mBq/g. Tanih semaian tembakau Bachok adalah 40.02 ± 4.42 mBq/g, tanih semaian Tumpat adalah 22.29 ± 0.48 mBq/g manakala tanih Semerak adalah 22.58 ± 7.52 mBq/g. Bagi sampel rokok, kepekatan polonium-210 pada rokok Marlboro ialah 13.3 ± 1.7 mBq/g dan 11.9 ± 0.4 mBq/g bagi rokok Gudang Garam. Bagi abu rokok Malboro, kepekatan polonium-210 adalah 16.5 ± 3.3 mBq/g manakala 13.4 ± 1.1 mBq/g bagi abu Gudang Garam. Melalui pengiraan yang dilakukan, dos efektif yang diterima oleh perokok untuk 20 batang rokok dihisap sehari dalam tempoh satu tahun adalah 0.1119 ± 0.0147 mSv/yr bagi rokok Marlboro dan 0.1002 ± 0.0033 mSv/yr bagi rokok Gudang Garam. Dengan menggunakan kaedah analisis pengaktifan neutron (NAA), kepekatan unsur surihan diperoleh. Melalui kaedah tersebut, kajian mendapati kepekatan kromium, mangan dan rubidium adalah tertinggi di dalam rokok Saemporna manakala rokok Dunhill mengandungi kepekatan jumlah unsur kromium dan rubidium yang terendah jika dibandingkan dengan jenama lain. Ini menunjukkan, rokok Saemporna mempunyai kandungan surihan dan logam berat yang tinggi. Melalui kajian ini, ia boleh memberikan dedahan kepada orang awam mengenai keradioaktifan yang terdapat di dalam rokok & tembakau dan memperkukuhkan kempen “Anti-Merokok” yang diusahakan oleh Kementerian Kesihatan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 92 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_84448+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 624.47 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.