Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463577
Title: | Penyediaan dan pencirian nanozarah oksida logam menggunakan kaedah sonokimia untuk aplikasi fotomangkin |
Authors: | Muhammad Taqiyuddin Mawardi bin Ayob (P52448) |
Supervisor: | Irman bin Abdul Rahman, Dr. |
Keywords: | Nanozarah semikonduktor oksida Sonokimia Nanostructured materials |
Issue Date: | 9-Sep-2012 |
Description: | Bahan buangan industri merupakan masalah yang serius dalam isu pencemaran alam sekitar. Kebanyakan bahan pencelup industri tekstil dan kertas merupakan bahan yang sukar untuk mengurai disebabkan oleh kestabilan struktur aromatik kimia kompleks yang terdapat pada bahan tersebut. Penggunaan semikonduktor bersifat fotomangkin dalam sistem rawatan air telah menjadi satu bidang penting yang berupaya merawat atau mengurai bahan pencemar organik dalam air. Kajian tesis ini tertumpu kepada penghasilan nanozarah semikonduktor oksida dengan kaedah sonokimia untuk diaplikasikan dalam fotomangkin. Sonokimia merupakan kaedah yang menggunakan gelombang ultrasonik di mana molekul-molekul menjalani tindak balas kimia dengan penyinaran gelombang ultrasonik berkuasa tinggi (20 kHz - 10 MHz) disinarkan dalam larutan tindakbalas. Morfologi, struktur hablur, ikatan kimia dan sifat-sifat optik nanozarah kuprum (II) oksida (CuO) dan zink oksida (ZnO) dianalisis dengan menggunakan mikroskopi elektron pancaran medan (FESEM), tenaga sinar-x sebar (EDX), mikroskop elektron transmisi (TEM), infra merah transformasi fourier spektroskopi (FTIR), UV-Vis spektroskopi dan pembelauan sinar-x spektroskopi (XRD). Nanozarah CuO, ZnO dan CuO-ZnO berjaya dihasilkan dalam larutan alkohol bersama trietanolamina, yang bertindak sebagai pengemulsi sistem tindak balas. Nanozarah yang terhasil menunjukkan kesan pemerangkapan kuantum yang tinggi apabila jurang jalur optik berubah dengan ketara seiring dengan pengurangan saiz nanozarah. Morfologi yang terhasil berbentuk sfera, keping dan batu karang bagi nanostruktur CuO, ZnO dan CuO-ZnO dengan taburan saiz zarah yang kecil. Spektrum UV-Vis menunjukkan tenaga jurang jalur (Eg) bagi nanozarah CuO, ZnO dan CuO-ZnO adalah 2.71, 3.35 dan 2.82 eV. Selain trietanolamina, nanozarah ZnO juga telah berjaya dihasilkan dengan menggunakan cecair ionik bersuhu bilik, 1-decil- 3-metilimidazolium tetrafluoroborat, [DMIm][BF4], yang bertindak sebagai agen penstabil bagi sistem tindak balas. Hasil kajian mendapati nanozarah ZnO terbentuk dalam fasa tunggal dengan struktur zinkit heksagonal serta menunjukkan garis puncak yang sempit dalam corak XRD. Larutan ionik bersuhu bilik, 1-butil-3- metiilimidazolium bis(trifluorometanasulfonil)-imida [BMIm][NTF2] digunakan bagi menyediakan nanostruktur Cu-, Co- dan Ni-terdop ZnO. Kesan [BMIm][NTF2] terhadap proses pertumbuhan, ikatan kimia dan sifat-sifat optik nanozarah ZnO terdop juga telah dikaji. Nanozarah dan nanokomposit yang terhasil digunakan sebagai fotomangkin dalam sistem rawatan air melalui penguraian larutan akueus metilena biru. Bagi keadaan penghasilan yang optimum, kadar penguraian metilena biru telah mencapai sehingga 4.88%, 5.83%, 15.78% dan 8.39% bagi ZnO, CuO-ZnO, CoOZnO dan NiO-ZnO pada tempoh masa penyinaran sinar-Ultralembayung selama 30 minit.,Master / Sarjana |
Pages: | 190 |
Call Number: | TA418.9.N35 M58 2012 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_84438+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 9.39 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.