Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463568
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Mohamad Yusof Maskat, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Daisy Goyong (P60804) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-25T09:29:39Z | - |
dc.date.available | 2023-09-25T09:29:39Z | - |
dc.date.issued | 2016-08 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:84142 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463568 | - |
dc.description | Kejayaan penukaran biologi biojisim tandan kosong kelapa sawit (TKKS) bergantung kepada keberkesanan kaedah hidrolisis berenzim menggunakan campuran enzim. Kajian ini bertujuan untuk penghasilkan campuran enzim hemiselulase daripada tiga enzim rekombinan; xilanase 2 (Xyn2) dari Trichoderma reesei, xilanase G1 (XynG1) dari Aspergillus fumingatus, β-xilosidase I (Bxl1) dari Trichoderma reesei. Protein rekombinan Xyn2, XynG1 dan Bxl1 telah berjaya diekspreskan masing-masing bersaiz ~24-26 kDa, ~24 kDa dan ~100 ± 5. Pencirian biokimia seperti penentuan suhu dan pH optimum, kestabilan suhu dan pH serta kesan ion logam yang berbeza telah dijalankan. Xyn2 dan XynG1 mempunyai aktiviti optimum pada pH 5.0 manakala Bxl1 pada pH 4.0. Enzim rekombinan Xyn2, XynG1 dan Bxl1 menunjukkan aktiviti optimum masing-masing pada suhu 55, 50 dan 60°C. Kesemua enzim rekombinan ini mampu mengekalkan sekurang-kurangnya 70% daripada aktivitinya pada suhu antara 30 hingga 50°C selama 2 jam. Enzim Xyn2 dan XynG1 menunjukkan profil kestabilan pH pada pH 5 hingga 6 manakala Bxl1 pula lebih stabil pada pH 4 hingga 5. Tiada peningkatan aktiviti dapat dilihat apabila enzim Xyn2 yang ditambah dengan ion logam. Aktiviti XynG1 meningkat apabila ditambah dengan ion logam Co2+, Cu2+, Mg2+, Li2+, Mn2+, Fe2+, Ca2+, Ni2+ dan Zn2+. Kehadiran ion logam Fe2+, Co2+ dan Mg2+, meningkatkan aktiviti Bxl1. Namun penambahan reagen kimia menindas aktiviti kesemua enzim rekombinan. Bxl1 menunjukkan aktiviti optimum pada ρ-nitrofenil-xilosida dengan Km 8.87 mgmL-1 dan Vmax 37.45 Umg-1. Kedua-dua Xyn2 dan XynG1 menunjukkan aktiviti optimum ke atas Beechwood Xylan dengan nilai Km 16.8 mgmL-1 dan 10.04 mgmL-1, dan Vmax masingmasing iaitu 6.26 Umg-1 dan 14.12 Umg-1. Seterusnya enzim hemiselulase yang dihasilkan digunakan bersama enzim α-L-arabinofuranosida (AnabfA) untuk menghidrolisis TKKS. Hasil hidrolisis awal menunjukkan bahawa data eksperimen dengan koefisien regresi (R2) 0.971 dan ρ<0.05 menunjukkan bahawa model kubik adalah signifikan dan boleh digunakan. Campuran optimum enzim dengan komposisi 36.92 unit Xyn2: 14.2 unit XynG1: 36.08 unit Bxl1: 12.8 unit AnabfA menghidrolisis TKKS pada suhu 50°C dan pH 5.0 dengan penambahan 4 mM Co2+ menghasilkan gula penurun sebanyak 1.384gL-1. Kesimpulannya, campuran hemiselulase rekombinan yang dihasilkan mempunyai aktiviti hemiselulitik yang berpotensi besar dalam mendegradasikan TKKS.,Sarjana Sains | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Tandan kosong kelapa sawit | - |
dc.subject | Enzim hemiselulase | - |
dc.subject | Enzim rekombinan | - |
dc.subject | Biojisim | - |
dc.subject | Kaedah hidrolisis berenzim | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Pembangunan campuran enzim hemiselulase bagi pencuraian hemiselulosa tandan kosong kelapa sawit (TKKS) | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 110 | - |
dc.identifier.barcode | 002491(2016) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_84142+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.71 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.