Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463565
Title: Pengubahsuaian selulosa daripada batang kantan secara cangkukan dengan poliakrilonitril
Authors: Fazliyana Ahmad Zaki (P58637)
Supervisor: Ibrahim Abdullah, Prof. Dr.
Keywords: Selulosa
Batang kantan
Poliakrilonitril
Serabut semulajadi
Cangkukan
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 12-Jul-2016
Description: Selulosa adalah bahan mentah semulajadi yang boleh didapati dengan mudah dan banyak. Perkembangan teknologi dan peningkatan kesedaran terhadap bahan mesra alam telah mendorong kepada penggunaan serabut semulajadi sebagai pengisi penguat termoplastik. Namun, di sebalik kelebihannya yang memiliki kekuatan spesifik setanding dengan pengisi sintetik, masalah pelekatan dan keserasian dalam matriks kerana sifatnya yang hidrofilik menyebabkan rawatan pengubahsuaian perlu dilakukan. Selulosa daripada serabut batang kantan diekstrak melalui rawatan refluks dengan 4 %bt natrium hidroksida (NaOH) diikuti dengan rawatan pelunturan 1.7 %bt natrium klorit (NaClO2). Kesan rawatan alkali dan pelunturan ke atas komposisi kimia, morfologi, kehabluran, dan sifat terma serabut dikaji. Selulosa yang diekstrak seterusnya diubahsuai melalui kaedah pengkopolimeran cangkuk akrilonitril dengan pemula redoks serium ammonium nitrat (CAN) di dalam medium akues. Kopolimer selulosa dengan kecekapan cangkukan optimum dicirikan melalui FTIR, SEM, TGA, DSC, XPS dan ujian serapan air. Analisis komposisi kimia menunjukkan serabut kantan tanpa rawatan terdiri daripada 65.2 %bt selulosa, 10.1 %bt hemiselulosa dan 19.1 %bt lignin. Rawatan yang dilakukan telah meningkatkan peratus selulosa dan penyingkiran hemiselulosa dan lignin dikenalpasti melalui analisis FTIR. Analisis SEM menunjukkan purata diameter serabut berkurangan daripada 300 µm kepada 12 µm dengan permukaan selulosa diperhatikan lebih licin dan rata berbanding serabut tanpa rawatan. Sifat terma dan kehabluran selulosa juga meningkat. Selepas pengkopolimeran cangkuk dilakukan, puncak serapan baru pada 2245 cm-1 dikenalpasti yang merujuk kepada kehadiran kumpulan berfungsi nitril daripada poliakrilonitril (PAN). Kopolimer selulosa dengan hasil dan kecekapan cangkukan masing-masing sebanyak 40% dan 89% didapati memiliki permukaan yang kasar dengan purata diameter bertambah. Peratus kehabluran kopolimer selulosa didapati meningkat daripada 35.2% kepada 41.8%. Analisis TGA menunjukkan peningkatan dalam kestabilan terma kopolimer selulosa dan suhu degradasi pada kehilangan berat 50% adalah lebih tinggi berbanding selulosa. Suhu peralihan kaca (Tg) bagi kopolimer selulosa turut bertambah kepada 185°C berbanding 177°C bagi selulosa. Analisis permukaan melalui XPS telah mengesan kehadiran unsur nitrogen dengan ikatan C-N dalam kopolimer selulosa yang merujuk kepada PAN. Kadar serapan kopolimer selulosa melalui ujian serapan air juga didapati berkurang kepada 0.95 g/g berbanding selulosa 1.81 g/g. Secara keseluruhannya, rawatan pengubahsuaian yang dilakukan telah menghasilkan kopolimer dengan ciri kerintangan yang meningkat terhadap serapan air dan haba berbanding selulosa.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 123
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84140+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
133.2 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.