Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463564
Title: Pengkompleksan garam curtis perklorat dengan kuprum dalam pelarut akueus dan cecair ionik
Authors: Noorhanani Mohd Ali (P74116)
Supervisor: Bohari M. Yamin, Prof. Dr.
Keywords: Garam curtis perklorat
Pelarut akueus
Cecair ionik
Garam kuprum
Ligan
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 4-Jul-2016
Description: Ligan makrosiklik tetraaza perklorat telah disintesis dengan menindakbalas etilenadiamina dengan garam ammonium perklorat dalam pelarut aseton. Ligan yang terhasil merupakan garam makrosiklik 5,5,7,12,12,14-heksametil-1,4,8,11-tetraazasiklotetradeka-7,14-dienium diperklorat, [Me6C10H16N4](ClO4)2 iaitu gelang 14-ahli dengan empat atom nitrogen pada kedudukan satah segi empat. Dua daripada atom nitrogen tersebut adalah terproton dan dua atom nitrogen yang lain adalah kumpulan berfungsi azometin yang mana kedua-dua berada pada kedudukan bersetentang perpenjuru. Ligan tersebut telah dicirikan dengan kaedah spektroskopi inframerah, ultralembayung-boleh nampak, resonans magnet nukleus, analisis mikrounsur, spektrometri jisim dan analisis termogravimetri. Ligan ini kemudiannya digunakan untuk tindak balas pengkompleksan dengan garam kuprum dalam dua pelarut iaitu akueus dan cecair ionik. Tindak balas ligan dengan siri garam kuprum iaitu asetat, perklorat, klorida, bromida, nitrat dan sulfat dalam akueus telah menghasilkan kompleks yang sama iaitu C16H32N4Cu(ClO4)2. Di dalam tindak balas ini, atom nitrogen amina terproton telah mengalami nyahproton. Manakala tindak balas ligan dengan kuprum(II) asetat monohidrat dalam cecair ionik 1-butil-3-metilimidazolium bis(trifluorometilsulfonil)imida, [Bmim][NTf2] dan 1-butil-3-metilimidazolium heksafluorofosfat, [Bmim][PF6] telah menghasilkan kompleks kuprum(II) bis(etilenadiamina) bis(perklorato-O), C4H16N4Cu(ClO4)2. Analisis mikrounsur, spektroskopi inframerah, ultralembayung-boleh nampak, spektrometri jisim dan kajian kristalografi sinar-X bersetuju dengan struktur formula yang dicadangkan. Kajian tindak balas kinetik menunjukkan pencampuran [Me6C10H16N4](ClO4)2 dengan Cu(OAc)2.H2O dengan serta-merta membentuk kompleks perantara dan diikuti dengan penghasilan produk. Dalam keadaan kepekatan ligan yang berlebihan, kinetik pseudo-satu diperoleh dan membolehkan kajian awal kinetik pengkompleksan dilakukan berasaskan skema tersebut.,Sarjana Sains
Pages: 268
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84139+SOURCE1+SOURCE1.1.PDF
  Restricted Access
4.56 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.