Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463563
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Khairiah Haji Badri, Prof. Dr. | - |
dc.contributor.author | Muhammad Syukri Ngah (P64580) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-25T09:29:28Z | - |
dc.date.available | 2023-09-25T09:29:28Z | - |
dc.date.issued | 2016-11-30 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:84138 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463563 | - |
dc.description | Kajian ini dijalankan untuk mengkaji tindak balas pengesteran dan kondensasi minyak isirung sawit (PKO) di dalam reaktor sesekumpul bagi penghasilan poliol minyak isirung sawit (PKO-p) secara pukal. Penghasilan PKO-p dijalankan pada skala makmal dan skala pukal menggunakan reaktor pandu. Pada skala makmal, reka bentuk proses dikaji termasuk halaju pengadun, sistem pemindahan haba, aliran gas nitrogen dan keperluan tekanan pam vakum. PKO-p telah berjaya disintesis pada skala makmal dan reaktor pandu. Pada skala makmal, penghasilan PKO-p dioptimumkan pada kuantiti 0.25 kg, 1.0 kg dan 2.0 kg. Penghasilan PKO-p secara pukal adalah pada 50 kg, 100 kg dan 400 kg (had selamat maksima) dalam reaktor pandu. Penghasilan PKO-p secara pukal ditetapkan pada halaju pengadun 40 rpm, sistem pemindahan haba berdasarkan minyak terma, kadar aliran gas nitrogen 30 ml/min dan tekanan pam vakum pada 0.8-0.9 bar. Penghasilan PKO-p pada skala makmal dan secara pukal mengambil masa selama masing-masing 2 dan 4 jam. Pada skala makmal, indeks keamatan cahaya menunjukkan penurunan daripada 97±0.00 %T kepada 95±0.00 %T apabila kadar pemanasan 1 ºC/min digunakan. PKO-p yang dihasilkan tanpa penggunaan pam vakum memberikan bacaan kelikatan dan kandungan air yang tinggi iaitu 478±1.00 cps dan 0.13±0.01%. Kandungan kelembapan yang paling tinggi (0.16±0.01%) diperoleh apabila pengadun berada pada kelajuan 100 rpm. Nilai hidroksil PKO-p adalah dalam julat 309-403±1.5 mg KOH/g. Analisis spektroskopi Inframerah Fourier Transform (FTIR) secara keseluruhannya menunjukkan kehadiran puncak kumpulan berfungsi hampir sama bagi setiap parameter kawalan proses dalam PKO-p pada skala makmal dan reaktor pandu iaitu kehadiran puncak hidroksil (C-OH) pada 3390-3330 cm-1, karbonil ester (C=O) pada 1750-1735 cm-1, regangan kumpulan karbamat (C-N) pada 1622 cm-1 dan regangan kumpulan alkil -CH2 dan -CH3 merujuk masing-masing pada 2853 cm-1 dan 2924 cm-1. Pada skala pukal, sifat PKO-p yang diperoleh adalah dengan indeks keamatan cahaya 94-98±0.00 %T (pada 650 nm), dengan kelikatan 420-440 cps, kandungan kelembapan pada 0.12-0.21% dan nilai hidroksil pada 372-384 mg KOH/g. Penghasilan poliuretana tegar berketumpatan rendah (PUR) daripada PKO-p skala makmal dan pukal berjaya dilakukan dan mempunyai ketumpatan dalam julat 42-45 kg/m3 dengan kestabilan dimensi melalui perubahanyang tidak signifikan pada ketebalan PUR (arah pembentukan busa)sebanyak -0.121±0.003% dan 0.431±0.014% pada masing-masing -15±2ºC dan 70±2ºC. Keupayaan kerintangan kebakarannya adalah pada kadar kebakaran hanya 0.0034 m/s dan kekuatan mampatan yang tinggi iaitu 404±27 kPa. Data cerapan ini adalah mematuhi nilaian piawai industri berdasarkan piawaian BS4370:1988.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Poliol minyak isirung sawit | - |
dc.subject | Tindak balas pengesteran | - |
dc.subject | Reaktor sesekumpul | - |
dc.subject | Skala makmal | - |
dc.subject | Skala pukal | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Pengoptimuman parameter pemprosesan bagi penghasilan secara pukal poliol poliuretana minyak isirung sawit menggunakan reaktor sesekumpul | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 103 | - |
dc.identifier.barcode | 002487(2016) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_84138+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 299.63 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.