Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463562
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Azhar Abdul Halim, Dr. | |
dc.contributor.author | Devagi Subramaniam (P68018) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-25T09:29:26Z | - |
dc.date.available | 2023-09-25T09:29:26Z | - |
dc.date.issued | 2016-08-14 | |
dc.identifier.other | ukmvital:84137 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463562 | - |
dc.description | Kajian ini telah dijalankan untuk mengkaji kesan nisbah indeks terbiodegradasi dan ketoksikan air sisa industri batik dengan menggunakan kaedah pengoksidaan elektrokimia dan proses pengudaraan. Pada asasnya, penyingkiran ataupun pembuangan air sisa industri batik ini membawa risiko yang tinggi terhadap kesihatan manusia dan hidupan akuatik yang lain di negara kita. Objektif kajian ini pada mulanya adalah untuk mengkaji dan menentukan ciri-ciri air sisa industri perusahaan batik secara fisikokimia seperti pengoptimuman pH, ketumpatan arus, jarak antara elektrod, masa dan kepekatan elektrolit (NaCl). Selepas itu, menentukan keberkesanan proses pengoksidaan elektrokimia pada air sisa industri perusahaan batik serta dapat menjalankan proses pengoksidaan dengan penyingkiran warna dan COD, indeks biodegradasi dan objektif terakhir adalah untuk mengkaji keberkesanan rawatan air sisa industri perusahaan batik dengan menggunakan kaedah pengoksidaan elektrokimia dan rawatan secara mekanikal melalui proses pengudaraan. Hasil kajian menunjukkan bahawa peratus penyingkiran warna, COD, minyak dan gris adalah masing-masing sebanyak 93.89%, 89.71% dan 82.02% selepas proses pengoksidaan elektrokimia dan ditingkatkan masing-masing sebanyak 97.86%, 96.80% dan 99.22% selepas proses pengudaraan. Nisbah indeks biodegradasi BOD5/COD juga berjaya ditingkatkan dari 0.015 kepada 0.271 dengan menggunakan proses pengoksidaan elektrokimia dan sebanyak 1.237 selepas proses pengudaraan. Tahap perencatan ketoksikan juga telah berjaya dikurangkan dari 1.195% (aras toksik) kepada 0.129% (aras bukan toksik). Kajian juga menunjukkan bahawa parameter yang sesuai untuk tahap penyingkiran warna, COD, minyak dan gris yang tinggi adalah pada nilai pH 5, ketumpatan arus 0.28 A/cm2, jarak antara elektrod sebanyak 3cm, kepekatan NaCl sebanyak 2.5 M dan pada minit ke-120 dalam proses pengoksidaan elektrokimia. Secara keseluruhannya, proses pengoksidaan elektrokimia dan proses pengudaraan sesuai digunakan dalam proses penyingkiran air sisa industri batik di Malaysia berbanding dengan kaedah penyingkiran air sisa yang lain.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Toksik air sisa | |
dc.subject | Industri batik | |
dc.subject | Pengoksidaan elektrokimia | |
dc.subject | Terbiodegradasi | |
dc.subject | Proses pengudaraan | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Kesan biodegradasi dan ketoksikan air sisa industri batik melalui kaedah pengoksidaan elektrokimia | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 89 | |
dc.identifier.barcode | 002486(2016) | |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_84137+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 214.83 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.