Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463561
Title: Perencat kakisan nanosilikat daripada abu sekam padi sebagai perlindungan keluli karbon
Authors: Denni Asra (P63172)
Supervisor: Norinsan Kamil Othman, Dr.
Keywords: Nanosilikat
Abu sekam padi
Keluli karbon
Media air
Oryza sativa L.
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 19-May-2016
Description: Nanosilikat ekstrak daripada abu sekam padi (Oryza sativa L.) boleh bertindak sebagai perencat kakisan untuk keluli karbon dalam media air suling dan 0.5 M NaCl. Kajian daripada perencat sodium silikat komersial terhadap keluli karbon dalam media air memberikan peratusan kecekapan (%IE) maksimum pada nilai 43 %. Walau bagaimanapun, kemampuan perencat tersebut perlu dipertingkatkan untuk mendapatkan %IE yang tinggi agar kadar kakisan dapat diturunkan dan dikawal. Dalam penyelidikan ini, pengaruh perencat kakisan nanosilikat semulajadi daripada abu sekam padi telah dikaji melalui ujian kehilangan berat, kaedah Polarisasi Potensiodinamik, Spektroskopi Impedans Elektrokimia (EIS), analisa permukaan, dan isoterma penjerapan. Formulasi perencat kakisan nanosilikat dihasilkan melalui pelarutan serbuk nanosilika ke dalam 0.2 M NaOH. Dalam kajian ini, serbuk nanosilika dihasilkan melalui kaedah pengekstrakan daripada abu sekam padi. Hasil pengekstrakan berbentuk serbuk dan dianalisa menggunakan beberapa instrumentasi seperti Spektroskopi Inframerah (FTIR) untuk mengenalpasti kumpulan berfungsi (SiO2) dan Spektroskopi Pembelauan Sinar-X (XRD) untuk menentukan fasa silika daripada abu sekam padi. Saiz partikal nanosilika ditentukan dengan menggunakan Mikroskopi Elektron Transmisi (TEM) dan Saiz Partikal (zeta sizer). Ujian TEM dan Zeta Sizer menunjukkan saiz partikal nanosilika dalam julat 10-100 nm pada formulasi perencat kakisan yang dihasilkan. Kajian kehilangan berat menunjukkan bahawa dengan pertambahan kepekatan nanosilikat dalam media air suling dan NaCl telah meningkatkan (%IE) masing-masing sehingga 98 dan 88.4%. Penjerapan nanosilikat pada keluli karbon didapati mematuhi isoterma Temkin. Kajian polarisasi potensiodinamik menunjukkan bahawa nanosilikat bertindak sebagai perencat jenis campuran didalam kedua-dua media. Keputusan EIS telah menunjukkan diameter semibulatan tertindas, nilai kerintangan perpindahan cas dan peratusan kecekapan meningkat dengan pertambahan kepekatan nanosilikat. Keputusan morfologi juga menunjukkan kakisan liang tidak lagi kelihatan pada permukaan keluli karbon yang mengandungi perencat nanosilikat dengan menggunakan instrumentasi SEM. Saiz nano partikal pada perencat telah memainkan peranan yang penting terhadap pembentukan lapisan nipis pada permukaan keluli untuk menghalang proses kakisan berlaku dengan mempercepatkan proses penjerapan. Hasil analisa telah menunjukkan bahawa perencat kakisan nanosilikat daripada abu sekam padi berpotensi menjadi agen perencat kakisan yang baik untuk keluli karbon dalam media air suling dan 0.5 M NaCl.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 102
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84134+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
213.66 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.