Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463560
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Fauzi Daud, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Sutha Muniandy (P72493) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-25T09:29:21Z | - |
dc.date.available | 2023-09-25T09:29:21Z | - |
dc.date.issued | 2016-06 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:84133 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463560 | - |
dc.description | Cendawan daripada genus Boletus telah dilaporkan mempunyai aktiviti antioksida dan antitumor. Dalam kajian ini, B. qriseipurpureus daripada genus ini, telah diambil dari daerah Bachok, Kelantan. Masyarakat tempatan mempercayai cendawan ini dapat mengawal kandungan gula dalam darah. Walau bagaimanapun, dakwaan ini tidak pernah dikaji secara saintifik. Oleh itu, kajian ini telah dilakukan bagi menentukan aktiviti antidiabetik in vitro, aktiviti sitotoksiti in vitro dan aktiviti antidiabetik in vivo ekstrak kasar air panas, air sejuk dan metanol dari jasad buah B. qriseipurpureus. Aktiviti antidiabetik in vitro dikaji dengan mengukur kesan ekstrak ke atas aktiviti enzim α-amilase dan α-glukosidase. Ujian sitotoksiti telah dijalankan ke atas titisan sel kanser payudara (MCF-7) dan titisan sel ginjal monyet hijau Afrika (Vero) dengan kaedah pengasaian 3-[4,5-dimetiltiazol-2-il]-2,5-difeniltetrazolium bromida (MTT). Kesan antidiabetik in vivo pula telah dikaji dalam ikan zebra yang diaruh diabetes dengan 0.35 mg/g 0.3% streptozotosin (STZ). Aktiviti antidiabetik in vivo dinilai berdasarkan peratus penjanaan semula ekor yang dipotong selama 14 hari diberi rawatan. Ekstrak air panas sahaja telah menunjukkan aktiviti perencatan sehingga 50% terhadap aktiviti enzim α-amilase dan α-glukosidase dengan nilai IC50 masing-masing sebanyak 87.00 mg/mL dan 89.00 mg/mL. Pengasaian MTT menunjukkan bahawa semua ekstrak menunjukkan aktiviti perencatan pertumbuhan sel yang tinggi ke atas titisan sel MCF-7 berbanding titisan sel Vero selepas pengeraman selama 72 jam dengan IC50 7.70 mg/mL (EAP Bq), 8.20 mg/mL (EAS Bq) dan 16.10 mg/mL (EM Bq). Kajian antidiabetik in vivo pula menunjukkan bahawa ekstrak air panas dengan kepekatan 135 mg/mL mempamerkan peratus penjanaan semula ekor ikan yang tertinggi dalam kedua-dua kumpulan normal (97.26±0.642%) dan diaruh diabetes (85.71±0.495%) selepas rawatan selama 14 hari berbanding kumpulan ikan normal tanpa perlakuan (83.27±0.105%) dan kumpulan ikan diabetik tanpa perlakuan (51.11±0.159%). Hasil kajian ini menunjukkan bahawa ekstrak air panas B. qriseipurpureus boleh merencatkan aktiviti enzim α-amilase dan α-glukosidase, tidak toksik dan boleh membaiki tisu pada ekor ikan hasil aruhan diabetik.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Antidiabetik | - |
dc.subject | Cendawan gelam | - |
dc.subject | Antioksida | - |
dc.subject | Boletus qriseipurpureus | - |
dc.subject | Antitumor | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Aktiviti antidiabetik pelbagai ekstrak kasar cendawan gelam (Boletus qriseipurpureus) | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 94 | - |
dc.identifier.barcode | 002480(2016) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_84133+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 364.78 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.