Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463558
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorSaiful Irwan Zubairi, Dr.-
dc.contributor.authorZetty Shafiqa Othman (P75147)-
dc.date.accessioned2023-09-25T09:29:17Z-
dc.date.available2023-09-25T09:29:17Z-
dc.date.issued2016-06-15-
dc.identifier.otherukmvital:84131-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463558-
dc.descriptionDerris elliptica atau 'Tuba' adalah spesis pokok yang terkenal di Malaysia dengan sifat insektisidnya. Ia mengandungi rotenon bioaktif yang secara khususnya diekstrak daripada akar. Kesukaran untuk mengekstrak rotenon dalam kuantiti yang banyak menghadkan penggunaannya sebagai bio-pestisid. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan untuk meningkatkan penghasilan ekstrak rotenon menggunakan sistem pelarut binari cecair ionik (ILs) dan pelarut eutektik dalam (DES) sebagai media pengekstrakan mesra alam. Ia terdiri daripada beberapa fasa seperti fasa awalan, pengoptimuman, kajian interaksi bahan larut-pelarut serta kajian kebolehkitaran dan keberkesanan hasil kitaran IL dan DES. Fasa awalan mempunyai dua peringkat iaitu 1) mengenalpasti IL terbaik dan 2) perbandingan kecekapan di antara IL terpilih dengan DES terhadap penghasilan rotenon. Kajian pengoptimuman pula dijalankan menggunakan reka bentuk putaran komposit berpusat (CCRD) melalui perisian Reka Bentuk-Expert® versi 6.0 bagi menentukan kesan parameter pemprosesan (nisbah pelarut, masa pengekstrakan dan kadar agitasi) terhadap dua pemboleh ubah respon terpilih iaitu kepekatan dan hasil rotenon. Manakala bagi menghubungkaitkan faktor yang mempengaruhi kecekapan IL terpilih dan DES berasaskan alkohol dalam penghasilan rotenon secara kimianya, kajian interaksi bahan larut-pelarut dijalankan dimana spektroskopi inframerah transformasi fourier (FTIR), resonans magnet nukleus 1-dimensi (1D-NMR) dan 2-dimensi (2D-NMR) telah digunakan untuk menentukan lokasi dan jenis ikatan antara pelarut dengan rotenon piawai. Kajian awalan pertama menunjukkan bahawa sistem pelarut binari [BMIM]OTf: aseton adalah gabungan sistem pelarut terbaik berbanding dengan empat sistem pelarut ILs yang lain (p<0.05) seperti [BMIM]OAc, [BMIM]Cl, [BMIM]NTf2 dan [BMPy]Cl dengan kandungan rotenon dan kepekatan sebanyak 2.69 ± 0.21% (w/w) dan 4.04 ± 0.34 mg/ml masing-masing pada 14 jam masa pengekstrakan menyeluruh. Didapati juga bahawa sistem pelarut binari yang lain iaitu DES: asetonitril mempunyai keberkesanan yang setanding dengan sistem pelarut binari [BMIM]OTf: aseton dengan kandungan rotenon dan kepekatan tertinggi iaitu 0.84 ± 0.02% (w/w) dan 1.03 ± 0.01 mg/ml. Validasi model kajian dan jangkaan disahkan dan didapati bahawa parameter pemprosesan optimum iaitu 2:8 (DES: asetonitril), 19.34 jam dan 199.32 rpm telah memberikan penghasilan rotenon dengan penurunan 8 kali ganda berbanding kajian awalan (p<0.05). Walaupun keputusan kajian pengoptimuman adalah rendah disebabkan oleh proses pengumpulan akar pokok ketika berlakunya perubahan musim monsun, margin penghasilan rotenon adalah sama dengan kajian awalan. Disamping itu, analisis korelasi menunjukkan bahawa ada kemungkinan ikatan hidrogen di antara hidrogen berasid (C2-H) pada gelung imidazolium dengan oksigen pada rotenon di mana spektrum menunjukkan bahawa proton rotenon dan pelarut adalah berdekatan di antara satu sama lain dalam ruang. Manakala bagi interaksi melibatkan DES, wujudnya interaksi antara 1,4-butanadiol dengan rotenon. Tambahan, [BMIM]OTf dan DES berasaskan alkohol boleh dikitar semula dan berkesan untuk mengekstrak rotenon sehingga kitaran kedua dan keempat masing-masing. Kesimpulannya, penggunaan [BMIM]OTf: aseton dan DES: asetonitril sebagai medium pengekstrakan mesra alam telah berjaya meningkatkan penghasilan rotenon disamping potensi kebolehkitaran dan keberkesanan hasil kitaran kedua-dua pelarut membawa kepada proses pengekstrakan yang lebih kos effektif.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectAkar tuba-
dc.subjectRotenon-
dc.subjectBio-pestisid-
dc.subjectDerris elliptica-
dc.subjectSistem pelarut-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titlePeningkatan pengekstrakan hasil rotenon daripada akar tuba (Derris elliptica) menggunakan sistem pelarut binari cecair ionik dan pelarut eutektik dalam-
dc.typetheses-
dc.format.pages177-
dc.identifier.barcode002478(2016)-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84131+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
426.77 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.