Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463555
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorSalmah Yaakop, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorAbdullah Muhaimin Mohammad Din (P72813)
dc.date.accessioned2023-09-25T09:29:10Z-
dc.date.available2023-09-25T09:29:10Z-
dc.date.issued2016-07-19
dc.identifier.otherukmvital:84129
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463555-
dc.descriptionKumbang najis (Coleoptera: Scarabaeidae) memainkan peranan yang penting sebagai serangga pengurai di dalam ekosistem semulajadi selain menjadi penyebar biji benih sekunder serta sebagai penunjuk biologi sekitaran. Kajian ekologi dan fungsi kumbang najis masih kurang mendapat perhatian di Malaysia. Oleh itu, objektif utama kajian ini adalah untuk mengukur kepelbagaian dan kelimpahan kumbang najis di dua ekosistem berbeza iaitu ekosistem hutan dan pertanian. Selain itu, dua objektif kecil digariskan iaitu untuk membandingkan kecenderungan umpan di dalam memerangkap kumbang najis dan untuk mengenalpasti interaksi antara kumbang najis dengan spesies primat di Pulau Langkawi menggunakan pendekatan molekul. Persampelan telah dijalankan dari bulan November 2013 sehingga Oktober 2014 di 10 lokaliti berbeza iaitu ekosistem hutan (Hutan Simpan Sungkai, Perak (Sungkai), Hutan Simpan Bangi, Selangor (HSB), Pulau Langkawi, Kedah (Langkawi), Bukit Fraser, Pahang (BF), Tasik Chini, Pahang (TC) dan Tasik Bera, Pahang (TB)) dan empat lokaliti dari ekosistem pertanian (ladang sawit (KS), longan, ternakan ayam dan ternakan kambing). Sebanyak 15 perangkap lubang dengan menggunakan umpan ikan busuk telah diletakkan di lokaliti persampelan. Sampel yang diperolehi telah disisihkan dan dicamkan serta dianalisis. Sejumlah 4249 individu dari 44 spesies (12 genus) telah berjaya dikumpulkan iaitu terdiri dari genus Cacobius (1 spesies), Catharsius (2 spesies), Copris (2 spesies), Liatongus (1 spesies), Microcopris (1 spesies), Ochicanthon (2 spesies), Onthophagus (27 spesies), Paragymnopleurus (2 spesies), Phaeochroops (3 spesies), Sisyphus (1 spesies), Synapsis (1 spesies) dan Yvescambefortins (1 spesies). Sebanyak 3920 individu telah berjaya dikutip dari ekosistem hutan, manakala 329 individu dari ekosistem pertanian. Ujian ANOVA menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan (p<0.05) bagi Indeks Kepelbagaian Shannon (H') di antara kesemua lokaliti ekosistem hutan. Sungkai menunjukkan indeks kepelbagaian yang tertinggi iaitu 2.52 kerana dianggarkan masih terdapat banyak mamalia besar yang memberikan bekalan makanan kepada kumbang najis, diikuti oleh HSB (2.17), BF (1.58), Langkawi (1.74), TC (1.67) dan TB (1.08). Manakala, bagi ekosistem pertanian, H' KS menunjukkan perbezaan yang signifikan (p<0.05) di antara kesemua lokaliti dengan memberikan nilai indeks yang tertinggi iaitu 1.98, diikuti oleh ternakan ayam (1.63), ternakan kambing (0.46) dan longan (0.00) kerana hanya terdapat satu spesies yang berjaya dikutip. Ladang KS yang merujuk kepada ekosistem pertanian menunjukkan nilai H' tertinggi disebabkan oleh ciri-ciri persekitaran yang menyerupai ekosistem hutan. Spesies S. thoracicus menunjukkan jumlah bilangan individu tertinggi dengan 1251 individu ditemui dikesemua lokaliti (ekosistem hutan sahaja). Selain itu, L. femoratus didapati hanya berjaya dijumpai di ladang sawit sahaja. Analisis kelompok dua hala (dendogram) pula menunjukkan TC dan TB berada di klad yang sama dengan Sungkai kerana menunjukkan persamaan ekosistem seperti hutan sekunder. Bagi objektif untuk membandingkan kecenderungan umpan pula, tiada perbezaan yang signifikan (p>0.05) di antara umpan najis dan ikan busuk di dalam menarik spesies kumbang najis. Adalah dijangkakan sumber makanan yang terhad telah memaksa kumbang najis menggunakan sumber makanan yang sedia ada. Pendekatan molekul dengan mengektrak sampel najis primat telah dilakukan bagi mengenal pasti interaksi antara kumbang najis dan spesies primat di Pulau Langkawi dengan menggunakan penanda molekul, sitokrom b (Cytb). Kumbang najis dari spesies P. maurus direkodkan mempunyai interaksi dengan spesies primat M. fascicularis kerana menggunakan najis M. fascicularis sebagai medium pembiakan dan sumber makanannya.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi
dc.rightsUKM
dc.subjectKumbang najis
dc.subjectSerangga pengurai
dc.subjectEkosistem hutan
dc.subjectEkosistem pertanian
dc.subjectPendekatan molekul
dc.subjectColeoptera: Scarabaeidae
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleKepelbagaian dan kelimpahan kumbang najis (Coleoptera: Scarabaeidae) di beberapa ekosistem terpilih di Malaysia
dc.typetheses
dc.format.pages109
dc.identifier.barcode002476(2016)
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84129+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
145 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.