Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463553
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Sahibin Abdul Rahim, Prof. Dr. | |
dc.contributor.author | Muhammad Rendana (P73147) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-25T09:29:06Z | - |
dc.date.available | 2023-09-25T09:29:06Z | - |
dc.date.issued | 2016-06-20 | |
dc.identifier.other | ukmvital:84127 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463553 | - |
dc.description | Kajian stres nutrien pada kelapa sawit berguna bagi menilai kesihatan tanaman dari segi kedapatan unsur nutrien yang diperlukan oleh tanaman. Kajian ini dijalankan di ladang kelapa sawit UKM di Bangi, Selangor dengan keluasan ladang sekitar 125.8 ha. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji kandungan klorofil serta status nutrien di dalam daun kelapa sawit dan status nutrien yang terdapat dalam tanih. Kajian ini cuba menghubungkan kandungan klorofil dalam daun dengan kandungan nutrien dalam daun dan tanih terutamanya unsur N, Mg, K dan Cu yang diketahui mempengaruhi kandungan klorofil. Kajian kandungan klorofil dan nutrien dilakukan ke atas sampel daun yang terletak pada pelepah kelapa sawit yang ke-17. Tanih diambil secara komposit di sekeliling pokok kelapa sawit yang telah disampel daunnya. Kaedah analisis tanih, nutrien dan klorofil dilakukan mengikut kaedah yang piawai. Pengkelasan status nutrien di kawasan kajian menunjukkan bahawa nilai purata kandungan N yang optimum dalam tanih dan daun. Magnesium pada kelas sederhana dalam tanih dan daun, manakala unsur P dan B berada pada kelas rendah. Bagi purata kandungan K dan Mn menunjukkan kandungan yang optimum dalam tanih dan tinggi dalam daun. Kalsium, S dan Mo menunjukkan kandungan yang rendah dalam tanih dan sederhana dalam daun. Unsur Zn menunjukkan kandungan yang rendah dalam tanih dan optimum dalam daun, manakala Cu menunjukkan kandungan yang rendah dalam tanih dan tinggi dalam daun. Tanih Siri Munchong didapati sebagai tanih yang mempunyai tahap kandungan nutrien yang paling baik berbanding Siri Serdang dan Lanar Tempatan. Ciri tanih yang berkait dengan status nutrien dalam tanih seperti KPK, pH, BOT, dan Mg2+ tukarganti turut menunjukkan nilai purata yang rendah. Pengkelasan status nutrien bagi kelapa sawit menggunakan kaedah Sistem Maklumat Geografi (GIS) menunjukkan bahawa majoriti kawasan kajian berada pada kelas rendah bagi tahap kesuburan tanamannya. Hasil ujian korelasi menunjukkan bahawa klorofil SPAD mempunyai hubungan yang sangat signifikan dengan unsur N (n=54, r=0.90, p=0.000) dan Mg (n=54, r=0.39, p=0.011) dalam daun pada aras 5%. Nilai klorofil SPAD juga turut mempunyai hubungan signifikan dengan unsur N (n=54, r=0.41, p=0.007), Mg (n=54, r=0.33, p=0.015) dan K (n=54, r=0.24, p=0.011) dalam tanih pada aras 5%. Berdasarkan hasil kajian, nilai klorofil dari meter SPAD dapat digunakan bagi menunjukkan stres nutrien pada kelapa sawit, terutamanya unsur N dalam daun.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Klorofil | |
dc.subject | Nutrien | |
dc.subject | Daun kelapa sawit | |
dc.subject | Tanih | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Pengesanan stres nutrien dalam ladang kelapa sawit menggunakan gabungan bacaan meter SPAD dan GIS | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 121 | |
dc.identifier.barcode | 002474(2016) | |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_84127+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 132.2 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.