Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463552
Title: Rawatan air sisa industri automotif menggunakan gabungan kaedah koagulasi-flokulasi dan kaedah turus menggunakan pasir terubahsuai secara kimia
Authors: Abdul Fattah Abu Bakar (P64706)
Supervisor: Azhar Abd Halim, Dr
Keywords: Sisa industri automotif
Pencemaran air
Sewage - Purification.
Issue Date: 19-Apr-2014
Description: Rawatan air sisa industri automotif menggunakan gabungan kaedah koagulasi-flokulasi dan kaedah penjerapan telah dikaji terhadap peratus penyingkiran permintaan oksigen kimia (COD), nitrogen ammonia dan logam berat (mangan, nikel, kuprum, kromium, zink dan besi). Poli-aluminium klorida (PAC), Ferik klorida (FeCl3) dan alum yang berfungsi sebagai koagulan telah dikaji bagi menentukan tahap keberkesanannya untuk menyingkirkan bahan pencemar dalam air sisa industri automotif. Penentuan dos koagulan optimum, dos flokulan optimum dan pH optimum teleh dilakukan bagi setiap jenis koagulan sebelum penentuan koagulan terbaik bagi kaedah ini dilakukan. Hasil kajian mendapati PAC dipilih sebagai koagulan terbaik berdasarkan peratus penyingkiran tertinggi yang dihasilkan bagi beberapa parameter logam berat dan COD. Pada dos PAC optimum 70 mg/L, dos polimer anionik 2 mg/L dan pada pH 7, PAC menghasilkan peratus penyingkiran tertinggi bagi empat parameter utama iaitu sebanyak 70% bagi COD, 99.65% bagi logam besi, 74.41% bagi kuprum dan 65.59% bagi zink. Alum hanya menghasilkan penyingkiran tertinggi bagi logam kromium, mangan dan nikel dengan peratus penyingkiran masing-masing sebanyak 96.40%, 58.27% dan 53.78% pada dos alum optimum 100 mg/L, dos polimer anionik 2 mg/L dan pada pH 7. Bagi rawatan air sisa automotif menggunakan kaedah penjerapan secara turus, penentuan keupayaan penyingkiran nitrogen ammonia dan logam berat menggunakan pasir biasa dan pasir terubahsuai sebagai media penjerap telah dikaji. Kajian ini melibatkan tiga bahagian utama yang terdiri daripada ujian pembelauan sinar-X (X-RD), ujian kapasiti pertukaran kation (CEC) dan kajian penjerapan turus. Model Thomas dan Model Yoon dan Nelson telah digunakan bagi penentuan kapasiti penjerapan bagi pasir biasa dan pasir terubahsuai. Ujian X-RD yang dilakukan telah mengesahkan kehadiran mineral mikroline dalam pasir terubahsuai serta hasil ujian CEC mendapati pasir terubahsuai mempunyai kapasiti penjerapan kation yang lebih tinggi iaitu 0.050 meq/g berbanding 0.0069 meq/g bagi pasir biasa. Penggunaan pasir terubahsuai keseluruhannya adalah lebih berkesan berbanding pasir biasa dalam menyingkirkan logam berat dan nitrogen ammonia bagi kaedah penjerapan secara turus. Pasir terubahsuai menghasilkan penyingkiran antara 96.55% - 43% bagi nitrogen ammonia, 99.92% - 95.66% bagi mangan, 99.95% - 87.56% bagi nikel, 93.91% - 63.47% bagi kuprum, 99.91% - 99.71% bagi zink dan 99.98% bagi besi. Hanya penyingkiran logam kromium menunjukkan penyingkiran yang lebih berkesan menggunakan pasir biasa dengan peratus penyingkiran kromium sebanyak 99.89% - 99.84%. Penyingkiran logam berat dan nitrogen ammonia menggunakan pasir terubahsuai juga lebih berkesan berbanding karbon teraktif dengan julat penyingkiran yang tinggi dihasilkan iaitu antara 96.55% - 43.68% bagi nitrogen ammonia, 99.96% - 96.95% bagi mangan, 96.54% - 80.78% bagi nikel, 75.41% - 65.73% bagi kuprum, 95.93% - 95.93% bagi kromium, 99.81% - 99.91% bagi zink dan 99.71% - 99.84% bagi besi. Hasil kajian juga mendapati penjerapan logam berat dan nitrogen ammonia adalah lebih mematuhi Model Thomas berdasarkan nilai qo dan nilai kolerasi yang lebih tinggi bagi pasir terubahsuai berbanding pasir biasa. Nilai qo yang dicatatkan bagi pasir terubahsuai adalah 0.0088 mg/g bagi nitrogen ammonia, 0.0092 mg/g bagi mangan, 0.0641 mg/g bagi nikel, 0.0022 mg/g bagi kromium, 0.00014 mg/g bagi kuprum, 0.0126 mg/g bagi besi dan 0.0701 mg/g bagi zink. Secara keseluruhannya, gabungan kaedah koagulasi-flokulasi dan kaedah penjerapan secara turus bagi rawatan air sisa automotif dalam kajian ini menghasilkan kepekatan akhir COD, nitrogen ammonia dan logam berat yang mematuhi Piawaian A dalam Jadual Kelima Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Effluen Perindustrian) 1979.,Sarjana Sains
Pages: 169
Call Number: TD897.A234 2014
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_83998+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.72 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.