Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463551
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Noor Baa'yah Ibrahim, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Lau Lik Nguong (P73118) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-25T09:29:02Z | - |
dc.date.available | 2023-09-25T09:29:02Z | - |
dc.date.issued | 2016-11-01 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:83926 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463551 | - |
dc.description | Keperluan untuk penyimpanan memori terus meningkat dalam era yang berteknologi digital sekarang. Kebolehan membaca memori dengan lebih cepat dan kapasiti yang lebih besar merupakan permintaan asas pengguna selain daripada saiz penyimpan tersebut. Projek penyelidikan ini dijalankan untuk mengkaji sifat-sifat filem nipis multilapisan magnetik yang merupakan salah satu bentuk model asas penyimpanan memori. Sampel telah disintesis menggunakan kaedah sol-gel dan diikuti dengan teknik salutan berputar di atas substrat kuarza. Kaedah sol-gel telah dipilih sebagai cara penyediaan filem nipis dalam kajian ini kerana ia merupakan teknik yang mudah dan murah. Sampel adalah terdiri daripada lapisan sandwich iaitu filem indium oksida dan besi oksida. Filem nipis tunggal indium oksida dan besi oksida juga telah disediakan untuk dianalisa sifat-sifat fizikal sebelum digabungkan menjadi filem nipis multilapisan. Melalui pencirian morfologi dengan menggunakan mikroskop elektron imbasan pancaran medan, didapati bahawa ketebalan filem nipis indium oksida bertambah dengan kemolaran filem. Kehantaran optik filem indium oksida telah menunjukkan nilai yang amat tinggi iaitu 94 % apabila dicirikan dengan spektrofotometer ultra lembayung cahaya nampak. Proses sepuhlindap pada 500 °C dalam atmosfera hidrogen telah berjaya menghasilkan filem besi oksida berfasa maghemit tanpa memerlukan relau bervakum. Filem ini juga telah menunjukkan gelung histerisis yang lebar dalam pencirian magnetik. Koersiviti besi oksida berlaku kenaikan apabila saiz butiran filem nipis meningkat. Fasa indium oksida adalah dominan dalam pencirian mikrostruktur bagi filem nipis multilapisan. Analisa sifat elektrik sampel filem nipis multilapisan dilakukan dengan sistem pengukuran kesan Hall tidak menunjukkan hubungan dengan kemolaran filem nipis. Sifat optik dan magnetik filem nipis multilapisan juga didapati tidak mempunyai hubungan linear dengan peningkatan kemolaran filem nipis indium oksida dan besi oksida. Pengukuran sifat magnet pada suhu rendah (10 - 300 K) dengan magnetometer sampel bergetar dilaksanakan untuk mengkaji fenomena pertukaran pincang dalam filem nipis multilapisan magnetik. Pelebaran dan anjakan negatif gelung histerisis dapat diperhatikan pada 10 K disebabkan oleh gandingan pertukaran pincang. Sampel filem nipis multilapisan ini adalah lebih baik berbanding dengan kajian lepas kerana mempunyai nilai medan pertukaran pincang yang lebih tinggi iaitu 249.9 Oe. Penemuan ini mengesahkan potensi kegunaan filem nipis multilapisan dalam aplikasi bidang spintronik.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Filem nipis | - |
dc.subject | Multilapisan magnetik | - |
dc.subject | Indium oksida | - |
dc.subject | Besi oksida | - |
dc.subject | Penyimpanan memori | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Kesan kemolaran indium oksida dan besi oksida yang berlainan ke atas sifat fizikal filem nipis multilapisan indium oksida/besi oksida | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 91 | - |
dc.identifier.barcode | 002473(2016) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_83926+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 289.7 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.