Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463546
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorJumat Salimon, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorHamizah Ammarah Mahmud (P62973)-
dc.date.accessioned2023-09-25T09:28:52Z-
dc.date.available2023-09-25T09:28:52Z-
dc.date.issued2016-
dc.identifier.otherukmvital:83921-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463546-
dc.descriptionKajian ini, asid oleik (OA) telah ditindakbalaskan dengan polihidrik alkohol bagi menghasilkan ester trimetilolpropana (TMP) dan ester pentaeritritol (PE) untuk kegunaan stok asas biolubrikan. Sebatian poliester berasaskan asid oleik dan trimetilolpropana atau pentaeritritol telah berjaya dihasilkan. Produk poliester yang terhasil dilakukan pengecaman dengan menggunakan kromatografi gas (GC-FID), spektroskopi inframerah fourier transform (FTIR) dan spektroskopi resonan magnetik nuklear (1H NMR dan 13C NMR). Hasil kajian menunjukkan bahawa keadaan optimum bagi tindak balas lengkap pengesteran diantara OA dan TMP untuk menghasilkan trioleat TMP (TMPTO) dengan OA dan PE untuk menghasilkan tetraoleat PE (PETO) adalah berbeza. Keadaan optimum bagi pengesteran OA dan TMP adalah pada nisbah molar 3.9:1, 1.5% (w/w) H2SO4 pekat, suhu 150°C dan dijalankan selama 5 jam dengan putaran 500 rpm. Manakala keadaan optimum bagi pengesteran OA dan PE adalah pada nisbah molar 4.9:1, 2.0% (w/w) H2SO4 pekat, selama 6 jam pada suhu 180°C dengan putaran 700 rpm. Sebanyak 98% TMPTO dan 95% PETO berjaya dihasilkan. Peratusan komposisi kumpulan ester, TMPTO dan PETO dikenalpasti menggunakan kromatogram GC bersuhu tinggi. Sifat-sifat fisikokimia biolubrikan telah dijalankan ke atas TMPTO dan PETO. TMPTO mempunyai masing-masing nilai indek kelikatan sebanyak 200, takat tuang pada -59°C, takat kilat pada 289°C dan nilai iodin sebanyak 85. Sementara PETO menunjukkan masing-masing nilai indeks kelikatan 309, takat tuang pada -42°C, takat kilat pada pada 230°C dan nilai iodin sebanyak 104. Kesemua TMPTO dan PETO menunjukkan kestabilan oksidatif termal yang baik dengan suhu onset TMPTO pada 189°C dan PETO pada 177°C. Kajian tribologi bagi kedua dua ester menunjukkan pekali geseran yang kecil iaitu sebanyak 0.24 (TMPTO) dan 0.23 (PETO). Kajian reologi menunjukkan kedua-dua poliester yang terhasil adalah bendalir Newtonian. Produk poliester biolubrikan TMPTO adalah bergred ISO VG 68 dan PETO adalah bergred ISO VG 46. Penghasilan produk poliester yang mempunyai struktur seperti triasilgliserol (TAG) tanpa kehadiran hidrogen-β ini berjaya meningkatkan kualiti kepelinciran secara relatif bagi kegunaan biolubrikan. Sifat-sifat fizikokimia, tribologi dan reologi yang baik menunjukkan produk poliester yang terhasil sesuai digunakan sebagai stok asas biolubrikan di negara beriklim sederhana sejuk dan tropika.,Sarjana Sains-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectAsid oleik-
dc.subjectTrimetilolpropana-
dc.subjectPentaeritritol-
dc.subjectPoliester-
dc.subjectBiolubrikan-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titlePoliester berasaskan asid oleik dengan trimetilolpropana dan pentaeritritol untuk kegunaan biolubrikan-
dc.typetheses-
dc.format.pages169-
dc.identifier.barcode002468(2016)-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_83921+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.81 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.