Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463544
Title: Sintesis dan pencirian surfaktan bolaform yang baru daripada terbitan minyak kelapa sawit
Authors: Chua Swee Choo @ Goh Swee Choo (P48117)
Supervisor: Mohammad Kassim, Prof. Dr.
Keywords: Surfaktan bolaform
Minyak kelapa sawit
Asid oleik
Kestabilan busa
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 5-Sep-2016
Description: Surfaktan merupakan sebatian organik yang bersifat amfifilik. Surfaktan bolaform merupakan kumpulan jenis surfaktan yang baru berkembang dan banyak dikaji oleh ramai ahli sains. Perkataan bolaform merujuk pada struktur molekul organik yang mempunyai dua kumpulan yang bercas dan disambung pada rantai polimetilin lurus. Apabila rantai polimetilin cukup panjang, maka ia akan berstruktur bolaform amfifilik ataupun surfaktan bolaform. Malaysia merupakan negara pengeluar utama bagi minyak kelapa sawit. Kegunaan asid lemak minyak kelapa sawit sebagai sumber asas bagi menghasilkan surfaktan menjadi semakin penting. Asid oleik, yang merupakan salah satu asid lemak utama dalam minyak kelapa sawit dapat digunakan sebagai bahan awal untuk sintesis surfaktan bolaform. Surfaktan bolaform yang baru iaitu asid 9-[2-(9-karboksil-1-oktil-nonilsulfanil)-etilsulfanil]-oktadekanoik dan asid 9-[4-(9-karboksil-1-oktil-nonilsulfanil)-butilsulfanil]-oktadekanoik telah disintesiskan. Proses penyediaan surfaktan boleh dibahagi kepada 3 bahagian iaitu, pertama adalah proses penghidrobrominan asid oleik dan diikuti oleh proses tindak balas penambahan agen penyambung (kumpulan dithiol). Bahagian terakhir adalah tindak balas saponifikasi. Dalam peringkat pertama, tindak balas penghidrobrominan asid oleik dengan menambahkan asid hidrobromin ke dalam asid oleik dengan menggunakan bezena sebagai pelarut pada suhu 30oC. Tindak balas ini telah berjaya menukarkan asid oleik kepada asid bromostearik 98% hasil dengan jisim molekul m/z 363.2056 dengan menggunakan analisis terus ESI-MS(ToF) dan ikatan H-Br yang mempunyai anjakan kimia 4.0 ppm juga dapat dianalisiskan dengan 1H-NMR. Peringkat kedua adalah proses penambahan agen penyambung iaitu etana-1,2-ditiol dan butana-1,4-ditiol masing-masing ke dalam asid bromostearik yang telah dihasilkan sebanyak 73% dan 68% hasil. Analisis menggunakan teknik 1H-NMR menunjukkan ikatan H-Br pada anjakan kimia 4.0 ppm telah hilang dan kemunculan puncak baru pada 2.3-3.3 ppm sebagai ikatan CH-S. Kemunculan molekul baru ini telah disahkan menggunakan analisis terus ESI-ToF-MS yang memberikan nilai m/z 657.4832 dan m/z 685.5250 di mana sama dengan nilai jangkaan jisim molekul kedua-dua surfaktan tersebut. Tindak balas saponifikasi dilakukan bagi sebatian tersebut bagi membentuk surfaktan dalam bentuk garam kalium. Analisis kepekatan misel genting (CMC) surfaktan menunjukkan siri surfaktan bolaform yang baru ini mempunyai nilai tegangan permukaan yang lebih tinggi iaitu 6.0x10-3 mol/dm3 untuk surfaktan dengan etana-1,2-ditiol dan 3.0x10-3 mol/dm3 untuk surfaktan dengan butana-1,4-ditiol berbanding dengan surfaktan kalium oleat iaitu 7.0x10-5 mol/dm3. Kajian kestabilan busa bagi kedua-dua surfaktan bolaform yang baru ini juga menunjukkan busa setengah jangka hayat iaitu 31 minit dan 39.5 minit masing-masing. Surfaktan bolaform ini berpotensi untuk industri pulpa & kertas, pemprosesan tekstil, penyebaran pigmen, dan aplikasi yang lain.,Sarjana Sains
Pages: 104
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_83919+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.26 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.