Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463542
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd Suzeren Md Jamil, Dr.-
dc.contributor.authorNoor Nabilah Muhamad (P67317)-
dc.date.accessioned2023-09-25T09:28:44Z-
dc.date.available2023-09-25T09:28:44Z-
dc.date.issued2016-06-10-
dc.identifier.otherukmvital:83917-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463542-
dc.descriptionPolimer dengan sistem swa-pemulihan memiliki keupayaan untuk memulihkan kerosakan yang berlaku di dalam struktur bahan menggunakan sumber yang sedia ada di dalam sistem. Dalam kajian ini, keupayaan bahan untuk menjalani proses swa-pemulihan yang dicetuskan oleh rangsangan haba berdasarkan mekanisme “Sistem swa-pemulihan keadaan pepejal” dikaji. Sistem swa-pemulihan keadaan pepejal telah diperoleh dengan mencampurkan termoplastik (bertindak sebagai agen pemulihan) ke dalam resin epoksi termoset. Penyediaan matriks resin telah dijalankan dengan mengadun diglisidil eter bisfenol-A (DGEBA) dengan metal-5-norbornin-2,3-dikarbosilik anhidrida (NMA) sebagai agen pematangan dan benzildimetilamina (BDMA) sebagai pemangkin dengan nisbah berat 100:81.2:2.2. Polimer linear yang berbeza, iaitu poli (bisfenol-A-ko-epiklorohidrin) (PDGEBA), polivinil klorida (PVC), polivinil alkohol (PVA), polietilena (PE) dan polipropilena (PP) turut dipilih sebagai agen pemulihan untuk diadun ke dalam matriks resin epoksi dengan 8 wt% (peratus berat). Suhu pemprosesan bagi setiap matrik diperoleh dari analisis reometer. Analisis inframerah (FTIR-ATR) menunjukkan penurunan keaamatan pada jalur regangan gelang asimetrik bagi gelang epoksi pada nombor gelombang 915 cm-1. Selain itu, terdapat juga kewujudan puncak serapan pada nombor gelombang 1730 cm-1 yang menunjukkan pembentukan kumpulan ester, membuktikan proses pematangan resin matriks berlaku. Spektra FTIR bagi matriks resin juga menunjukkan tiada tindak balas atau pembentukan ikatan kovalen antara agen pemulihan dan matriks resin. Analisis mekanik dinamik (DMA) menunjukkan hanya satu puncak tan delta wujud bagi resin pemulihan PDGEBA membuktikan matriks resin yang terhasil adalah homogen. Kewujudan puncak sekunder dan bahu yang lebar pada lengkung tan delta resin pemulihan PVC, PVA, PP dan PE pula membuktikan matriks resin yang terhasil adalah heterogen. Pemulihan telah dicapai dengan memanaskan resin yang mengalami keretakan pada suhu 160oC; di atas suhu peralihan kaca (Tg) yang diperoleh dari DMA. Ujian hentaman Izod menunjukkan resin pemulihan PDGEBA mencapai keberkesanan pemulihan tertinggi diikuti resin pemulihan PVC, PP, PE dan PVA, dengan purata peratusan keberkesanan pemulihan masing-masing 68, 42, 41, 30 dan 23 %. Di bawah ujian tegangan padat, resin pemulihan PDGEBA didapati mencapai pemulihan sifat mekanik tertinggi dengan 60 %, diikuti resin pemulihan PVC, PP, PE dan PVA dengan purata peratusan keberkesanan pemulihan bagi tiga kitaran pemulihan masing-masing 39, 37, 28 dan 21 %. Kajian morfologi menggunakan mikroskopi optik membuktikan proses retak-pulih serta kehomogenan resin pemulihan PDGEBA dan keheterogenan resin pemulihan PVC,PVA, PP dan PE. Di bawah ujian muat lesu, hayat lesu resin pemulihan dengan agen pemulihan PDGEBA menunjukkan peningkatan dengan faktor ½ berbanding hayat lesu resin kawalan (tanpa agen pemulihan). Selain itu, didapati berlaku peningkatan dalam residu kekuatan resin pemulihan berbanding resin kawalan selepas dikenakan dengan 600 kitaran lesu. Proses pemulihan retak lesu telah dibuktikan malalui analisis morfologi permukaan dan keratan rentas resin menggunakan mikroskop optik dan SEM. Hasil daripada kajian ini membuktikan bahawa sistem swa-pemulihan keadaan pepejal sangat efektif dalam menyekat perambatan retak lesu dan retak monotonik, dan secara efektifnya menyediakan bahan polimer swa-pemulihan dengan had ketahanan yang lebih tinggi.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectSwa-pemulihan-
dc.subjectResin epoksi termoset-
dc.subjectAgen pemulihan-
dc.subjectPolimer-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleSwa pemulihan komposit epoksi: kesan menggunakan agen pemulihan berbeza dan kajian muatan kelesuan-
dc.typetheses-
dc.format.pages126-
dc.identifier.barcode002464(2016)-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_83917+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
358.03 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.