Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463541
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorFarah Diba Abu Bakar, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorMohd Rohaizad Mohd Rodzi (P53398)-
dc.date.accessioned2023-09-25T09:28:42Z-
dc.date.available2023-09-25T09:28:42Z-
dc.date.issued2016-08-10-
dc.identifier.otherukmvital:83916-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463541-
dc.descriptionAspergillus niger telah dilaporkan secara meluas sebagai hos pengekspresan yang menarik bagi perembesan protein disebabkan oleh kapasiti pengekspresannya yang tinggi. Walaubagaimanapun, tahap pengekspresan protein heterolog adalah amat rendah berbanding protein homolog. Sasaran kajian ini adalah untuk meningkatkan penghasilan protein homolog dan heterolog dalam sistem pengekspresan A. niger melalui penggunaan promoter gen terpilih. Di dalam kajian ini, tiga jujukan promoter daripada gen bglA, tefA dan ef2 A. niger yang terekspres pada tahap tinggi telah disubklonkan ke dalam vektor pengekspresan episom ANEp2 yang membawa jujukan gen pelapor β-galaktosidase (lacA) daripada A. niger. Ketiga-tiga plasmid ini kemudiannya digunakan dalam transformasi hos pengekspresan A. niger PY11 melalui transformasi perantaraan sferoplas. Seterusnya, profil pengekspresan protein pelapor yang diperoleh daripada setiap plasmid pengekspresan membawa promoter terpilih di dalam medium yang mengandungi sumber karbon berbeza telah dianalisis. Sebagai perbandingan, pengekspresan protein pelapor di bawah pengawalaturan promoter asal glaA di dalam ANEp2 turut diekspreskan di dalam A. niger PY11. Pengekspresan LacA oleh transforman ANEp2_BglAPr dan ANEp2_TefAPr mencatatkan pengekspresan tertinggi di dalam medium yang mengandungi 1% xilosa dengan nilai aktiviti sebanyak 248.40 U/mL dan 264.51 U/mL, masing-masing. Aktiviti yang dicerap ini adalah hampir dua kali ganda daripada aktiviti yang dicatatkan bagi transforman ANEp2 di dalam medium yang mengandungi 1% maltosa. Namun, profil pengekspresan bagi transforman ANEp2_Ef2Pr menunjukkan aktiviti yang tidak jauh berbeza dengan aktiviti yang ditunjukkan oleh hos pengekspresan A. niger PY11. Pengoptimuman kepekatan sumber karbon bagi transforman ANEp2_BglAPr dan ANEp2_TefAPr menunjukkan tahap pengekspresan paling tinggi dalam medium yang mengandungi 10% xilosa dengan aktiviti sebanyak 489.50 U/mL dan 625.05 U/mL. Seterusnya, untuk menghasilkan integrasi kaset pengekspresan gen heterolog ke dalam A. niger yang stabil, unsur replikasi autonomi AMA1 dalam vektor ANEp2_cut yang membawa gen kutinase daripada Glomerella cingulata telah dikeluarkan dan ini menghasilkan vektor integratif ANIp2_cut. Promoter bglA dan tefA seterusnya disubklonkan ke dalam vektor pengekspresan integratif ini dan digunakan untuk mentransformasi A. niger PY11. Seterusnya, pengekspresan transforman ANIp2_cut_TefAPr yang diperoleh menghasilkan protein sasaran bersaiz ~20 kDa yang telah diekspreskan secara berlebihan ke dalam medium. Pengasaian enzim kutinase yang menggunakan ρ-nitrofenil laurat sebagai substrat menunjukkan aktiviti kutinase yang diperoleh daripada pengekspresan transforman ANIp2_cut_TefAPr di dalam medium yang mengandungi 10% xilosa mencatatkan aktiviti yang paling tinggi. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa sistem pengekspresan A. niger yang berasaskan promoter tefA telah berjaya dibangunkan untuk menghasilkan kedua-dua protein sasaran homolog dan heterolog.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectSistem pengekspresan-
dc.subjectAspergillus niger-
dc.subjectHomolog-
dc.subjectHeterolog-
dc.subjectGen terpilih-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titlePeningkatan penghasilan protein homolog dan heterolog dalam sistem pengekspresan aspergillus niger menggunakan promoter gen terpilih-
dc.typetheses-
dc.format.pages143-
dc.identifier.barcode002463(2016)-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_83916+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
227.87 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.