Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463540
Title: Kesan pemegunan enzim horseradish peroxidase pada membran metakrilat-akrilat
Authors: Amalina Ahmad (P64398)
Supervisor: Sharina Abu Hanifah, Dr.
Keywords: Horseradish peroxidase
Membran metakrilat-akrilat
Pemegunan enzim
Benzoil peroksida
Membran HEMA-nBA
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 10-Feb-2016
Description: Benzoil peroksida (BPO) yang bertindak sebagai agen peluntur banyak digunakan dalam industri makanan. Pengambilan BPO secara tidak terkawal boleh mendatangkan penyakit seperti alahan dan kanser. Pemantauan terhadap BPO ini perlu dijalankan bagi memastikan kuantiti BPO yang digunakan dalam industri makanan tidak melebihi had yang dibenarkan iaitu 75 mg/kg. Kajian ini melibatkan sintesis poli(2-hidroksietil metakrilat-ko-n-butil akrilat), HEMA-nBA secara fotopempolimeran. 2-hidroksietil metakrilat (HEMA), n-butil akrilat (nBA) dan 2,2-dimetoksi-2-fenilasetofenon (DMPP) didedahkan kepada sinaran ultralembayung (UV) untuk menghasilkan ko-polimer HEMA-nBA. Eksperimen dijalankan untuk mengkaji potensi membran HEMA-nBA dijadikan sebagai matriks pemegunan enzim horseradish peroxidase (HRP) serta mengenalpasti komposisi HEMA-nBA yang sesuai untuk diaplikasikan dalam pengesanan BPO secara elektrokimia. Hasil analisis ATR-FTIR (Attenuated Total Reflectance-Fourier-transform Infrared) bagi setiap polimer dengan komposisi 100% HEMA (pHEMA), 90% HEMA:10% nBA (HB91) dan 80% HEMA:20% nBA (HB82) membuktikan monomer HEMA dan ko-monomer nBA telah lengkap bertindak balas membentuk polimer. Mikrograf pula menunjukkan struktur berliang pHEMA, HB91 dan HB82 dengan urutan saiz liang pHEMA > HB91 > HB82. Saiz liang didapati memberi kesan kepada sifat serapan air ketiga-tiga polimer tersebut. pHEMA dengan komposisi HEMA 100% mempunyai keupayaan untuk menyerap lebih banyak air diikuti dengan HB91 dan HB82. Kehidrofilikan polimer mempengaruhi sifat serapan air dan keputusan yang sama diperoleh apabila kajian larut lesap dilakukan ke atas pHEMA, HB91 dan HB82 yang telah dipegunkan dengan enzim HRP. Penambahan ko-monomer nBA yang hidrofobik membantu mengawal sifat hidrofilik pHEMA. Membran HB91 telah dipilih untuk digunakan dalam fabrikasi elektrod untuk mengesan BPO secara elektrokimia kerana kesederhanaan membran menyerap air dan larut lesap enzim. Sebanyak 10 mg/mL enzim HRP dan 0.01% (w/w) zarah nanoemas (GNP) yang dipegunkan dalam membran HB91 di atas elektrod skrin bercetak (SPE) memberikan rangsangan yang baik terhadap BPO yang disediakan dalam 0.01 M larutan penimbal fosfat, pH 7.0/ 0.1 M kalium klorida (KCl). SPE dengan enzim HRP terpegun dalam membran HB91 (SPE/HB91/GNP/HRP) dibiarkan bertindak balas dengan analit BPO selama 4 minit sebelum dianalisis secara voltammetri denyut pembezaan (DPV). Julat rangsangan linear pengesanan BPO dikenalpasti berada pada julat kepekatan 1 × 10-9 – 1 × 10-5 M (R2=0.9835) dengan had pengesanan 2.97 × 10-10 M. SPE/HB91/GNP/HRP dengan kebolehasilan 5.93% (n=6) ini masih mengekalkan prestasinya setelah disimpan pada suhu 4 °C selama dua minggu. Peratus perolehan semula BPO dalam sampel tepung gandum adalah sebanyak 84 - 92%. Validasi sampel kemudiannya dijalankan menggunakan kaedah pentitratan redoks namun kaedah ini hanya mampu mengukur kepekatan BPO serendah 1 × 10-4 M dengan peratus perolehan semula antara 99 - 110%. Kesimpulannya, membran HEMA-nBA berjaya disintesis dan membran polimer HB91 sesuai digunakan sebagai matriks pemegunan enzim HRP untuk aplikasi pengesanan BPO.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 128
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_83915+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
437.81 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.