Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463536
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Nazlina Ibrahim, Prof Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Siti Farah Hashim (P58634) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-25T09:28:32Z | - |
dc.date.available | 2023-09-25T09:28:32Z | - |
dc.date.issued | 2015-05-25 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:83268 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463536 | - |
dc.description | Kajian ini dilakukan bagi mengenal pasti aktiviti biologi ekstrak akuas lima tumbuhan sebagai agen anti-mikrob iaitu kayu gadis (Cinnamomum porrectum), manjakani (Croton caudatus), tongkat ali (Eurycoma longifolia), haji samat (Prismatomeris glabra) dan kerbau amuk (Schefflera heterophylla). Aktiviti biologi yang dikaji termasuklah saringan aktiviti antibakteria terhadap beberapa jenis bakteria Gram-positif dan Gram-negatif, mengkaji kesan sitotoksisiti terhadap sel Vero, menyaring aktiviti antivirus terhadap virus Herpes Simpleks jenis-1 (HSV-1), mengenal pasti kandungan fitokimia dan aktivtiti antioksida. Ujian aktiviti antibakteria telah dijalankan menggunakan tiga kaedah iaitu kaedah serapan cakera, kepekatan perencatan minimum (MIC) dan kepekatan bakterisid minimum (MBC). Hasil ujian antibakteria menunjukkan aktiviti yang sederhana oleh semua tumbuhan yang diuji dan bersifat bakterisid. Seterusnya, aktiviti antivirus terhadap HSV-1 mendapati nilai EC50 adalah 0.3, 0.06, 0.03, 0.7 dan 0.06 mg/mL masing-masing terhadap C. porrectum, C. caudatus, E. longifolia, P. glabra dan S. heterophylla. Penilaian tahap ketoksikan ke atas titisan sel Vero dengan menggunakan kaedah MTT [3-(4,5-Dimetiltiazol-2-il)-2,5-difeniltetrazolium bromida] menunjukkan nilai kepekatan yang menyebabkan kematian 50% populasi sel (CC50) bagi masing-masing C. porrectum, C. caudatus, E. longifolia, P. glabra dan S. heterophylla adalah 2.20, 0.22, 0.28, 0.25, 0.40 mg/mL. Berdasarkan nilai tersebut, semua ekstrak akuas menunjukkan tiada kesan ketoksikan terhadap sel Vero. Untuk menentukan tahap keberkesanan ekstrak sebagai agen antivirus, nilai indeks terapeutik (TI) iaitu nilai optimum yang diterima sebagai potensi agen antivirus. Nilai TI didapati masing-masing 7.3, 3.6, 9.3, 3.5 dan 6.0. Berdasarkan nilai tersebut, semua ekstrak ini mempunyai potensi sebagai agen antiHSV-1 yang sederhana. Saringan fitokimia menunjukkan bahan aktif seperti tannin dan fenol hadir dalam setiap ekstrak tumbuhan serta terdapat juga kehadiran flavanoid, alkaloid dan saponin. Semua tumbuhan telah diuji untuk mengetahui keupayaaannya sebagai agen antioksida melalui kaedah tiga kaedah berbeza. Kaedah asai pembebasan radikal bebas 2,2-diphenyl-1-picrylhydrazyl (DPPH) bagi ekstrak akuas setiap tumbuhan ujian mempunyai nilai julat IC50 di antara 0.31 hingga 0.55 mg/mL. Ekstrak tumbuhan S. heterophylla menunjukkan nilai yang tertinggi dalam asai penurunan ion ferik (FRAP) iaitu pada kepekatan 2.43 mg/mL. Selain itu, nilai data ekstrak yang diperolehi daripada asai jumlah kandungan fenolik (TPC) menunjukkan semua ekstrak mempunyai kandungan fenolik yang rendah dengan julat nilai 238.84 ± 0.001 hingga 1024.72 ± 0.001 GAE, mg/g dan nilai tertinggi ditunjukkan oleh ekstrak S. heterophylla. Kesimpulannya, semua ekstrak akuas tumbuhan mempunyai aktiviti antibakteria yang rendah dan potensi antivirus yang sederhana dengan nilai indeks terapeutik tertinggi ditunjukkan oleh E. longifolia. Aktiviti antioksida pula adalah tinggi pada kepekatan ekstrak yang rendah menunjukkan bahawa kesemua ekstrak adalah tidak toksik. Ini selari dengan kesan sitotoksisiti rendah yang ditunjukkan dalam kajian ini.,Sarjana Sains | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Medicinal plants- Malaysia | - |
dc.title | Aktiviti biologi ekstrak air tumbuhan tempatan Prismatomeris glabra, Cinnamomum porrectum, Croton caudatus, Euryycoma longifolia dan Schefflera hererophylla | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 91 | - |
dc.identifier.callno | QK99.M4S588 2015 | - |
dc.identifier.barcode | 001898 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_83268+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.77 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.