Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463532
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorSahilah bt Abd Mutalib, Prof. Madya Dr
dc.contributor.authorNurliyana Wan Zoolkifli (P 53928)
dc.date.accessioned2023-09-25T09:28:25Z-
dc.date.available2023-09-25T09:28:25Z-
dc.date.issued2015-09-04
dc.identifier.otherukmvital:83264
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463532-
dc.descriptionTujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menilai sifat kerintangan antibiotik, pengesanan gen shiga toksin (stx 1 dan stx 2) dan pentaipan molekular bakteria Escherichia coli dengan menggunakan kaedah analisis konsensus intergenik ulangan enterobakter- tindakbalas rantaian polimerase (ERIC-PCR) dan amplifikasi polimorfik asid deoksiribonukleik- tindakbalas rantaian polimerase (RAPD-PCR). Kajian ini juga dijalankan untuk melihat potensi terdapatnya E. coli yang patogenik terhadap daging mentah import yang dijual di pasaran. Kesemua pencilan E. coli diperoleh daripada daging import mentah dari negara Australia dan India. Pemencilan E. coli dilakukan dengan menggunakan Eosin Methylene Blue Agar (EMBA). Sejumlah 42 strain telah dipencilkan daripada 30 sampel daging mentah yang diimport. Sebanyak 2 strain E. coli diperolehi daripada hasil pemencilan sampel daging mentah Australia manakala 40 strain E. coli diperolehi daripada sampel daging mentah India. Ujian biokimia yang dijalankan adalah ujian Indol, Metil Merah, Voges-Proskauer dan Sitrat. Kesemua 42 E. coli strain telah dianalisis untuk mengesan gen toksin shiga (stx 1 dan stx 2) dengan menggunakan 2 pasang primer iaitu stx 2F, stx 2R, stx 1F dan stx 1R. Tiada strain yang positif membawa gen toksin shiga. Analisis ERIC-PCR terhadap pencilan E.coli menunjukkan kepelbagaian polimorfisme apabila sebanyak 21 corak DNA berjaya ditampilkan dengan menggunakan primer ERIC 1R dan ERIC 2R. Analisis profil RAPD-PCR menggunakan 2 jenis primer iaitu Gen 1 (5'- GTGCAATGAG-3') dan Gen 9 (5'-AGAAGCGATG-3') dinilai untuk menentukan kepelbagaian polimorfik asingan E. coli. Dengan menggunakan primer Gen 1, kesemua pencilan telah dibezakan kepada 26 profil RAPD-PCR kecuali 10 pencilan yang tidak berjaya ditaipkan sementara hanya 12 profil RAPD-PCR berjaya dibezakan dengan menggunakan primer Gen 9. Terdapat 13 corak antibiogram yang berlainan dalam ujian kerintangan antibiotik yang dilabelkan dari R1 sehingga R13. Kesemua pencilan E. coli 100% rintang terhadap antibiotik novobiocin, bacitracin, clindamycin, vancomycin dan penicillin G diikuti pula dengan erythromycin (76.2%, 32/42), ampicillin and carbenicillin (21.4%, 9/42), tetracycline (14.3%, 6/42), cephalothin (11.9%, 5/42), cefoperazone dan sulphamethoxazole (9.5%, 4/42), streptomycin (7.1%, 3/42) dan kanamycin (2.4%, 1/42). Gabungan kaedah ERIC-PCR, RAPD-PCR dan kerintangan antibiotik menunjukkan 42 jenis genom yang berbeza. Ini membuktikan wujudnya kepelbagaian pencilan E. coli mencemari daging mentah yang diimport.,Sarjana Sains
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi
dc.rightsUKM
dc.subjectEscherichia Coli
dc.titleKerintangan antibiotik, pengesanan gen toksin shiga dan pentaipan molekular pencilan Escherichia coli daripada daging import dengan menggunakan teknik berasaskan pcr
dc.typetheses
dc.format.pages108
dc.identifier.callnoQR82.E6. N847 2015
dc.identifier.barcode001895
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_83264+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
4.9 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.