Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463531
Title: Kajian pembangunan mikroemulsi air/surfaktan/diesel-biodiesel sawit yang distabilkan oleh surfaktan bukan ionik sebagai bahan api enjin diesel
Authors: Nurul Atiqah Izzati Md Ishak (P62831)
Supervisor: Mohd Ambar Yarmo, Prof. Dr.
Keywords: Diesel fuels
Issue Date: 2-Sep-2015
Description: Keperluan menggunakan sumber bahan api yang mampan, kurang bergantung pada bahan api fosil dan mengurangkan pembebasan gas rumah hijau mendesak kepada pilihan sumber bahan api alternatif yang lain. Maka, pembangunan bahan api alternatif dengan sistem formulasi mikroemulsi dilihat sebagai satu teknik lain yang dapat meminimumkan masalah tersebut secara pembangunan sistem mikroemulsi baru berasaskan kepada minyak tumbuhan. Kajian ini adalah untuk membangunkan sistem mikroemulsi baru yang mengandungi minyak diesel konvensional diadunkan dengan minyak tumbuhan biodiesel sawit (PME) yang berpotensi sebagai bahan api alternatif. Sistem mikroemulsi terdiri daripada minyak diesel diadun dengan pelbagai peratusan PME iaitu; 10% (B10), 20% (B20), 30% bt. (B30) dan diesel asli (B0) yang distabilkan oleh campuran surfaktan bukan ionik alkohol lemak teretoksilat C12-14 dengan 7 mol EO dan 2 mol EO (LAE7EO/LAE2EO), campuran kosurfaktan lorol alkohol C6-8/1-butanol dan pada peratusan komposisi air berbeza iaitu 5, 10, 15 dan 20% bt. untuk menghasilkan sistem mikroemulsi air-dalam-minyak (W/O). Kaedah komposisi malar pengemulsian bertenaga rendah terdahulu digunakan dalam kajian ini. Kesan pelarutan komposisi air dan PME dalam mikroemulsi air/LAE7EO/LAE2EO/diesel-PME dikaji dengan memplotkan kelakuan fasa pada rajah fasa-pseudoternari pada dua suhu berbeza iaitu 25 dan 45 . Nisbah berat 80:20 kesan sinergi campuran LAE7EO/LAE2EO merupakan nisbah optimum bagi pembentukan mikroemulsi sistem pelarut diesel dan pelarut diesel-PME. Rantau pembentukan mikroemulsi isotropik dengan PME didapati lebih besar berbanding sistem mikroemulsi diesel. Kehadiran ester PME bersifat seakan kosurfaktan mewujudkan interaksi lebih dengan kosurfaktan lorol C6-8/1-butanol dan air yang akibatnya merendahkan lagi ketegangan antara muka dan rantau mikroemulsi menjadi lebih besar. Kesan sinergi campuran lorol C6-8/1-butanol juga berbeza bagi sistem mikroemulsi pelarut diesel dan pelarut diesel-PME iaitu pada berat nisbah 25:75 dan 20:80. PME memerlukan lebih kapasiti keterlarutan 1-butanol untuk melarut dalam sistem LAE7EO/LAE2EO kerana struktur molekul PME yang pukal dan terkutub berbanding minyak diesel konvensional. Cecair hablur didapati terbentuk pada kepekatan kosurfaktan terendah kesan peningkatan air pada 15% bt. dan kesannya lebih ketara pada 20% bt. air. Pada suhu 45 rantau cecair hablur ini menyahstabil menjadi rantau mikroemulsi. Ini kerana, sifat surfaktan bukan ionik dipengaruhi oleh suhu maka, memberikan kesan pada keupayaan surfaktan untuk melarut dalam minyak. Keberkesanan formulasi optimum bahan api bermikroemulsi ini kemudiannya diuji dalam enjin diesel bersilinder tunggal suntikan terus untuk mengkaji kesan pelbagai komposisi air iaitu 5, 10, 15 dan 20% bt. terhadap penilaian prestasi enjin dan dibandingkan dengan bahan api diesel dan B10 konvensional. Nilai kuasa dan daya kilas enjin bahan api bermikroemulsi didapati terdapat sedikit peningkatan berbanding diesel dan B10. Ujian penggunaan bahan api tentu brek (BSFC) semua bahan api bermikroemulsi didapati meningkat apabila kandungan air dan PME bertambah. Nilai BSFC selepas dinormalkan bagi semua sistem bahan api bermikroemulsi didapati lebih rendah daripada diesel dan B10. Ini menunjukkan bahawa, lebih 50% kandungan diesel dapat dijimatkan dalam sistem bahan api bermikroemulsi air/LAE7EO/LAE2EO/diesel-PME.,Sarjana Sains
Pages: 190
Call Number: TP156.E6N847 2015
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_83262+SOURCE1+SOURCE1.1.PDF
  Restricted Access
5.58 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.