Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463528
Title: Keupayaan penjerapan loga-logam berat oleh bahan geologi menggunakan kaedah emparan geoteknik
Authors: Nur 'Aishah Zarime (P68249)
Supervisor: Wan Zuhairi Wan Yaacob, Prof Madya Dr.
Keywords: Soil pollution.
Heavy metal content
Issue Date: 23-Feb-2015
Description: Kajian penyelidikan yang dilakukan adalah berkaitan dengan pelapik lempung kejuruteraan bagi tapak pelupusan di kawasan Selangor, Malaysia. Kesesuaian dan potensi bahan geologi iaitu tanah baki granit (BGR, KGR), tanah baki metasedimen (BBMS1, BBMS2 and PMS) dan lempung lautan (SBMC1, SBMC2 dan PKMC) dikaji bagi mendapatkan tanah yang terbaik untuk dijadikan pelapik lempung. Ujian fiziko-kimia dan analisis morfologi tanah seperti penentuan saiz butiran, ujian graviti spesifik, ujian had-had Atterberg, ujian pemadatan, ujian ketertelapan, ujian pH, bahan organik tanah (BOT), luas permukaan spesifik (SSA), kapasiti pertukaran kation (CEC), ujian XRD dan ujian SEM juga dibuat untuk menilai kesesuaian sesuatu tanah. Melalui ujian khas penjerapan seperti ujian penjerapan berkelompok dan ujian mini kolum turasan, potensi sesuatu tanah dan pergerakan bahan pencemar terhadap lempung yang dipadatkan dapat diketahui. Ujian penjerapan berkelompok dianalisis berdasarkan tiga model isoterma penjerapan iaitu Linear, Langmuir dan Freundlich. Terdapat beberapa faktor yang dikaji dalam ujian penjerapan berkelompok seperti faktor kepekatan, faktor jenis larutan, faktor bahan penjerap, faktor pH dan faktor kinetik. Bagi faktor kepekatan, unsur Pb dapat dijerap paling tinggi berbanding unsur-unsur lain seperti Cu, Zn, Cd, Co dan Ni dalam kesemua jenis tanah dan larutan pencemar (tunggal atau campuran). Bagi faktor jenis larutan, penjerapan logam berat dalam larutan unsur tunggal adalah tinggi berbanding larutan unsur campuran. Melalui faktor bahan penjerap, lempung lautan menjerap lebih tinggi berbanding tanah baki metasedimen dan tanah baki granit. Kesemua sampel tanah menunjukkan kadar penjerapan optimum pada pH4 hingga pH6. Lengkung penjerapan kinetik juga berkadar secara linear sehingga pada minit ke 60 - 120, ia berkadar secara malar. Bagi ujian mini kolum turasan, sebanyak tiga faktor yang dikaji iaitu halaju emparan, ketebalan sampel dan jenis larutan. Sebanyak empat halaju/daya diaplikasikan iaitu 1000 RPM (230-g), 1500 RPM (520-g), 2000 RPM (920-g) dan 2500 RPM (1440-g). Kadar penjerapan dalam tanah baki granit meningkat dengan pengurangan halaju/daya seperti berikut; 1000 RPM (230-g) > 1500 RPM (520-g) > 2000 RPM (920-g) > 2500 RPM (1440-g). Lengkung penembusan Ce/Co melawan isipadu liang (PV) diplot dan didapati kepekatan Cd meningkat dengan peningkatan isipadu liang. Kadar penjerapan juga meningkat dengan peningkatan ketebalan sampel. Urutan kadar penjerapan adalah seperti berikut; 20mm>15mm >10mm. Jumlah Cd yang terjerap oleh tanah baki granit dalam larutan campuran adalah rendah berbanding larutan tunggal. Pekali taburan, Kd dari ujian penjerapan berkelompok berunsur tunggal adalah lebih tinggi (6.2 L/kg) berbanding Kd dari ujian kolum turasan berunsur tunggal dan berhalaju 1000 RPM (0.514 L/kg). Berdasarkan keempat-empat analisis yang terlibat, didapati lempung lautan mempunyai keupayaan menjerap logam berat lebih tinggi diikuti oleh tanah baki granit dan tanah baki metasedimen.,Sarjana Sains
Pages: 187
Call Number: TD879.H4N847 2015
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_83258+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
6.03 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.