Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463527
Title: Kajian ke atas dos sinaran bocor pada celahan antara pintu dan dinding bunker pemecut elektron elv-4
Authors: Mohd Rizal Md Chulan (P53225)
Supervisor: Redzuwan Yahaya, Prof. Madya Dr.
Keywords: Shielding (Radiation)
Issue Date: 25-May-2015
Description: Di dalam pembinaan sebuah bangunan berperisai untuk sebuah pemecut elektron yang dinamakan bunker, pembinaan dan reka bentuk pintu perlulah dilakukan dengan teliti untuk minimakan dos sinaran bocor terhasil yang tidak melebihi had yang ditetapkan iaitu 2.5 µSv/j. Untuk mendapatkan nilai dos sinaran bocor yang melepasi pintu dan celahan pintu, kaedah pengiraan 2-dimensi secara manual biasa digunakan. Kaedah ini sukar untuk dilakukan kerana 'pandangan' secara 2-dimensi adalah terhad dan sukar untuk dapatkan gambaran sebenar. Oleh itu biasanya nilai anggaran sahaja digunakan. Keadaan ini mengakibatkan kos pembinaan yang tinggi kerana terlebih anggar atau bunker perlu ditambah perisai kerana terkurang anggar. Oleh itu di dalam kajian ini, dua kaedah digunakan untuk mengatasinya iaitu menggunakan perisian simulasi MCNP dan pengiraan secara manual 3-D. Nilai-nilai kemudiannya dibandingkan dengan nilai sebenar dos bocor dari pengukuran terus meter tinjau. Daripada kajian yang telah dijalankan didapati nilai dos sinaran bocor dari simulasi adalah terlalu berbeza berbanding dari nilai pengiraan 3-dimensi dan nilai sebenar dari pengukuran meter tinjau. Manakala nilai dos sinaran bocor dari pengiraan 3-dimensi boleh dikatakan mempunyai corak yang sama dengan nilai sebenar dari pengukuran tetapi berbeza dari segi nilai dos sinaran bocor. Terdapat lapan titik rujukan (lokasi) yang mempunyai dos sinaran bocor yang tinggi iaitu untuk pengiraan 3-dimensi secara manual, nilainya ialah antara 14.30 µSv/j (titik rujukan 1) dan 466.65 µSv/j (titik rujukan 10) dan untuk pengukuran terus mempunyai nilai purata antara 4.01 µSv/j(titik rujukan 12) dan 479.57 µSv/j (titik rujukan 10). Perbezaan yang wujud antara pengiraan 3-dimensi secara manual dan pengukuran terus meter tinjau ini disebabkan oleh faktor geometri iaitu dimensi pada pelan bangunan sedikit berbeza dengan keadaan bunker sebenar yang dibina. Hasil daripada kajian menunjukkan bahawa sedikit pengubahsuaian terhadap bunker dengan penambahan perisai (dari pelbagai bahan perisai iaitu plubum, besi dan konkrit) untuk menutup celahan-celahan tersebut perlu dilakukan.,Sarjana Sains
Pages: 170
Call Number: TK9210 .M847 2015
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_83246+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
2.61 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.